Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpul pakaian, aksesori untuk diagih kepada yang memerlukan

Feb 23, 2020 | 05:30 AM



BEBERAPA penduduk kawasan Tampines West daripada pelbagai latar belakang, kaum dan agama menggembleng tenaga bagi menjayakan projek mengumpul pakaian dan aksesori menjelang Lebaran.



Menerusi Projek Ihsan yang masuk tahun keempat,dianjurkan Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat Tampines West, kelengkapan yang masih baru itu kemudian dibahagikan kepada golongan yang memerlukan di ambang Hari Raya.



Semalam, penduduk yang tampil sebagai sukarelawan itu begitu bersemangat meluangkan tengah hari mereka dengan melakukan kerja amal.



Mereka memilih, melipat dan menyusun timbunan pakaian dan aksesori untuk didermakan mengikut kesesuaian sama ada bagi Hari Raya atau kegunaan harian.



Usaha murni mereka turut disokong Menteri Sekitaran dan Sumber Air serta Anggota Parlimen GRC Tampines, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang datang ke gelanggang bola keranjang Kelab Masyarakat Tampines West bagi interaksi bersama sukarelawan Projek Ihsan.



Ketika ditemui, Encik Muhammad Danial Asri dan Cik Elizabeth Wong berkata mereka terlibat dalam projek ini selama tiga tahun.



Tahun ini, Projek Ihsan mengalu-alukan sumbangan minuman paket dan kuih Raya.



"Selain dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik, kita (sukarelawan) juga dapat saling kenal dan jalin persahabatan.



"Apabila saya datang sini, saya dapat kenal ramai orang, sampaikan ketika di luar, di pasar dan sebagainya, kita terserempak, boleh tegur satu sama lain," ujar Cik Wong, 72 tahun.



Encik Danial, 20 tahun, pula tertarik menyertai projek ini setelah melihat poster Projek Ihsan berdekatan sekolahnya di Politeknik Temasek (TP)



"Di rumah, kami ada baju yang tak digunakan lagi. Jadi saya fikir dari hanya dermakan pakaian itu, lebih baik saya juga melakukan sesuatu yang bermakna bagi masyarakat," katanya.



Sebanyak 70 sukarelawan terlibat dalam projek tersebut semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >