MULAI Isnin ini, kumpulan sehingga lima orang akan dibenarkan menjamu selera bersama di restoran dan pusat makanan sedang Singapura melonggarkan lagi langkah-langkah diperketat bagi menangani Covid-19, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong.
Gim dan studio kecergasan juga boleh mengadakan kegiatan sukan atau senaman dalam bangunan tanpa pelitup dalam kumpulan sehingga lima orang.