Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan 5 orang sudah divaksin boleh makan di 102 pusat penjaja

Dec 01, 2021 | 05:30 AM



PILIHAN makan di luar kini diperluas dengan hingga lima orang yang sudah divaksin kini boleh makan secara berkumpulan di 102 pusat penjaja sejak semalam.



Jumlah pusat penjaja itu merupakan satu peningkatan berbanding 32 yang dibenarkan kelmarin.



Langkah itu sebahagian daripada peraturan pembezaan vaksin yang diperketat, yang memerlukan pusat penjaja melaksanakan pemeriksaan status vaksin di pintu masuk.



Pusat-pusat itu termasuk Pusat Makanan dan Pasar Haig Road dan Pusat Makanan Ayer Rajah.



Lapan lagi pusat penjaja yang sedang menjalani kerja pembaikan dan penghiasan semula, atau pembersihan, akan disertakan dalam senarai itu apabila ia dibuka semula, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) di laman webnya.



Daripada lapan pusat penjaja yang belum memulakan semula operasinya, empat sedang menjalani kerja pembaikan dan penghiasan semula. Pusat penjaja itu ialah Blok 159 Mei Chin Road, Pasar Estet Kallang, Pusat Makanan Amoy Street dan Pusat Makanan Dunman.



Pusat-pusat itu akan dibuka antara 9 Disember ini dengan 28 Februari tahun depan.



Baki empat pusat penjaja sedang menjalani kerja pembersihan iaitu Pusat Makanan dan Pasar Boon Lay Place, Pasar/Pusat Penjaja Blok 4A Jalan Batu, Pusat Makanan dan Pasar Empress Road, dan 216 Bedok North Street 1 (Pusat Makanan dan Pasar).



"Hampir kesemua #OurHawkerCentres diuruskan NEA dan pengendali dilantik NEA bersedia menerima kumpulan sehingga lima orang yang sudah divaksin atau mereka yang layak untuk menjamu selera,'' kata NEA, dalam catatannya di media sosial.



Pada awalnya, hanya 11 pusat penjaja dan tujuh kedai kopi mendapat kelulusan bagi membenarkan kumpulan sehingga lima orang daripada isi rumah berbeza menjamu selera di premis mereka.



Antara kumpulan pertama termasuk Pusat Penjaja Geylang Serai.



Pengumuman semalam menandakan langkah terbesar dalam kelonggaran secara bertahap terhadap bilangan pelanggan yang dibenar makan di pusat penjaja sejak 23 November.



Individu yang belum divaksin atau separuh divaksin hanya boleh membeli makanan untuk dibawa pulang.



Selain itu, 71 kedai kopi dan kantin akan dapat membenarkan kumpulan sehingga lima pelanggan yang sudah divaksin makan di premis mereka, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam senarai yang dikemaskini sehingga kelmarin.



Jumlah 71 kedai kopi dan kantin itu naik daripada 17 yang diumumkan Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, di Facebooknya Khamis lalu.



Senarai penuh itu boleh didapati di laman web SFA, yang menyatakan bahawa pengendali kedai kopi dan kantin yang ingin disertakan dalam senarai perlu mendaftar keinginan mereka untuk melaksanakan langkah yang diperlukan dan mengemukakan foto langkah yang telah dilaksanakan.



Ini termasuk mengawal akses ke premis dengan mengepung kawasan dan memastikan terdapat pintu masuk yang khusus, serta menyemak status vaksinasi semua pengunjung di tempatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >