Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan basikal, Masjid Hang Jebat kayuh sebar mesej antidadah

Mar 20, 2022 | 05:30 AM



SEKUMPULAN 40 belia yang lengkap berpakaian sukan dan topi keledar mengayuh basikal sejauh 15 kilometer pagi semalam bagi menyebarkan mesej antidadah.



Mereka merupakan peserta acara Dadah Itu Haram Youth Ride 2022 anjuran kumpulan berbasikal Ride of Hope SG dengan sokongan Masjid Hang Jebat.



Laluan berbasikal itu bermula dari Masjid Hang Jebat di Queenstown ke Koridor Hijau dan Spooner Road, sebelum kembali ke masjid.



Kumpulan belia berusia antara 12 dengan 17 tahun itu disertai Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, yang turut mengayuh basikal.



Ride of Hope SG, yang menyambut ulang tahunnya yang ke-10 tahun ini, telah beberapa kali bekerjasama dengan Biro Narkotik Pusat (CNB) untuk menganjurkan acara Dadah Itu Haram sebelum ini.



Bagaimanapun ini kali pertama ia bekerjasama dengan Masjid Hang Jebat dalam acara sedemikian.



"Matlamat acara ini adalah untuk mengajak belia mengambil bahagian dalam kegiatan dan mengajar tentang bahaya yang disebabkan oleh penyalahgunaan dadah. Ini adalah usaha daripada masyarakat dan sasarannya adalah belia kerana mereka adalah masa depan kita dan harapan bagi Singapura yang bebas dadah," kata jurucakap Ride of Hope SG, Encik Mohamed Hassan.



Dr Faishal meluahkan penghargaannya kepada penganjur acara dan mengalu-alukan usaha sedemikian untuk mendekati belia.



"Dengan seruan kami di Parlimen, dan di media, memberitahu yang kami prihatin tentang kebebasan pandangan dalam kalangan golongan muda berhubung dadah, lebih ramai tampil untuk mendampingi golongan itu," katanya kepada Berita Minggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >