KETETAPAN sehingga lima anggota isi rumah yang sama boleh makan luar bersama bakal dilanjutkan ke pusat penjaja dan kedai kopi menjelang akhir November.
Dalam satu kenyataan pada Isnin (15 November), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata ia sedang bekerjasama dengan pengendali pusat penjaja dan kedai kopi ini bagi melaksanakan langkah yang dibezakan mengikut status vaksinasi di pusat penjaja dan kedai kopi. Orang ramai yang ingin makan luar bersama bagaimanapun perlu daftar masuk menerusi aplikasi SafeEntry.
"Kami menjangkakan kumpulan pertama pusat penjaja yang akan melaksanakan ketetapan baru ini akan melaksanakan kawalan akses dan sistem pemeriksaan sebelum penghujung November," kata MOH, sambil menambah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang bekerjasama dengan Persatuan Penjaja dan Majlis Bandaran dalam hal ini.
Ia menambah baki pusat penjaja lain harus dapat ikuti jejak kumpulan pertama ini tidak lama lagi.
Mengenai kedai kopi pula, MOH berkata Agensi Makanan Singapura telah mendapatkan operator dan akan menyediakan mereka dengan pilihan mengenalkan sistem kawalan akses dan pemeriksaan status pelanggan.
Senarai dokumen yang boleh diterima bagi memeriksa bukti kediaman akan kini termasuk aplikasi digital pemerintah yang disahkan: myICA dan SGWorkPass serta kad pengenalan dan SingPass.
Secara berasingan, satu skim perintis telah diperkenalkan untuk memudahkan had kapasiti dan ketetapan pengezonan bagi acara tertentu, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, di satu sidang media kendalian pasukan bertindak berbilang kementerian mengenai pandemik.
Acara dalam skim perintis ini termasuk Sidang Institut Milken Asia pada 15 dan 16 November, Forum Ekonomi Baru Bloomberg (16 November hingga 19 November) dan konsert 'live' dua hari bintang Mandopop, JJ Lin pada 27 dan 28 November.
Encik Gan berkata pasukan bertindak akan menilai hasil skim perintis ini sebelum memutuskan bagaimana ingin memperluas undang-undang ini kepada lebih banyak latar situasi.
Menurut Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong pula, maklumat terkini mungkin akan didedahkan pada awal minggu depan jika Singapura harus bergerak ke depan mengenai langkah Covid-19 yang ada kini.
Langkah ini dilanjutkan dari 20 Oktober kepada 21 November.
Ketetapan yang masih berkuatkuasa kini termasuk had dua orang bagi perhimpunan sosial.
Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata "kelonggaran tertukur" langkah pengurusan selamat Singapura minggu lalu akan membawa pada lebih banyak interaksi sosial.
Ini bererti jangkitan virus dan kes jangkitan lebih tinggi dalam hari-hari mendatang.
"Sedang ini berlaku, kami juga sedang mentadbir lebih banyak suntikan penggalak dan lebih ramai orang juga pulih secara selamat daripada jangkitan ini dan menjadi berdaya bingkas terhadap virus berkenaan," tambahnya.
Menurutnya, langkah ini merupakan tindak balas terhadap interaksi sosial dan jangkitan dengan pemerintah berharap secara menyeluruh, situasinya kekal dipantau.
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan kes Covid-19 dalam masyarakat kekal pada 0.8 hingga 1 pada minggu lalu walaupun ia dijangka bertambah apabila lebih banyak sekatan dilonggarkan.
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah nisbah kes pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.