Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan jemaah haji pertama dari S'pura berangkat ke Jeddah

Jul 20, 2019 | 07:30 PM



Kumpulan jemaah haji pertama dari Singapura telah berangkat ke Jeddah, Arab Saudi, pada petang Sabtu (20 Julai). 



Menyertai puluhan ahli keluarga yang berada di Lapangan Terbang Changi semalam ialah Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood, dan Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Dr Albakri Ahmad, yang juga ketua rombongan haji tahun ini.



Seramai 900 jemaah dari Singapura mendapat tempat di bawah kuota rasmi baru, dengan 90 peratus bakal melaksanakan haji buat kali pertama.



Kuota ini lebih 100 tempat haji berbanding kuota rasmi yang diberikan kerajaan Arab Saudi tahun lalu.



Kumpulan jemaah terakhir dari Singapura dijadual berangkat pada 5 Ogos nanti.



Tujuh pegawai dan penolong pegawai haji dari Muis, lima doktor dan 10 jururawat turut mengikuti tahun ini.



*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >