Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Kumpulan kerja antara negara ditubuh untuk sahkan kesahihan sijil vaksinasi

Jul 07, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH kumpulan kerja dua hala antara agensi telah ditubuhkan dengan negara seperti Australia, Malaysia dan Republik Korea Selatan untuk bertukar-tukar maklumat bagaimana untuk saling mengesahkan kesahihan sijil vaksinasi negara satu sama lain.



Ini termasuk cara mengesahkan sijil digital, dan cara pertukaran salinan fizikal.



Demikian menurut Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Chee Hong Tat di parlimen semalam sebagai menjawab soalan yang diajukan Encik Ang Wei Neng (GRC West Coast).



Beliau ingin mengetahui bagaimana pemerintah Singapura mengesahkan kesahihan Pasport Kesihatan Imuniti berkaitan rekod imunisasi peribadi dan keputusan ujian Covid-19.



Menurut Encik Chee perbincangan ini akan mengambil masa sedang negara dan rantau kini berada dalam peringkat kemajuan yang berbeza dalam memvaksinasi penduduk masing-masing.



"Bagaimanapun, perbincangan berbilang negara dan serantau ini berguna dalam melaksanakan persediaan asas bagi kita untuk membuka semula sempadan bagi individu yang telah divaksinasi antara Singapura dan negara-negara ini apabila kita sudah bersedia melakukannya," kata beliau.



Selain itu, Encik Chee turut menjawab pertanyaan Encik Ang yang ingin mengetahui perkembangan terkini berhubung pengiktirafan pasport kesihatan yang dikeluarkan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan negara-negara individu.



Menurutnya, IATA telah bekerjasama dengan pelbagai negara dan rantau termasuk Singapura untuk menyertakan sijil vaksinasi dalam permohonan Pas Perjalanan IATA (ITP).



Sejak 1 Mei tahun ini, pengunjung ke Singapura telah dapat menggunakan ITP untuk mengongsi hasil ujian PCR sebelum berangkat apabila mendaftar masuk dengan syarikat penerbangan mereka, serta sebaik tiba di pusat pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Changi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >