SINGAPURA dan Malaysia telah bersetuju menubuhkan kumpulan kerja peringkat tinggi bagi mengkaji dan membincangkan hal undang-undang dan operasi berkenaan isu sempadan di perairan berhampiran Tuas.
Kumpulan kerja itu yang akan dianggotai pegawai kanan relevan dari kededua negara telah ditugaskan menyiapkan laporan bagi Menteri Ehwal Luar negara masing-masing dalam tempoh dua bulan.