Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan kerja lakar fokus bagi prasekolah lebih inklusif

Kajian mengenai amalan baik yang dipraktik prasekolah setempat, di luar negara akan dijalankan | Sokong kanak-kanak keperluan pembangunan tahap sederhana hingga serius
Apr 20, 2019 | 05:30 AM



MENGKAJI dan mempelajari amalan baik yang dipraktik prasekolah setempat dan di luar negara.



Ini agar dapat membangunkan cara yang lebih baik dalam usaha menyokong kanak-kanak dengan keperluan pembangunan tahap sederhana hingga serius di prasekolah.



Demikian adalah pendekatan yang akan diambil Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, dalam kumpulan kerjanya yang dibentuk untuk menjadikan sekitaran prasekolah lebih inklusif.



Kumpulan kerja itu - yang diumumkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, pada 10 April lalu - terdiri daripada wakil kumpulan masyarakat, pertubuhan kebajikan sukarela serta sektor pemerintah, akademik dan swasta.



Dr Faishal akan mempengerusikan kumpulan kerja tersebut bersama Dekan Bersekutu (Penyelidikan Pendidikan) Institut Pendidikan Nasional (NIE), Encik Kenneth Poon.



Menjawab pertanyaan Berita Harian mengenai usaha yang akan dikendalikan kumpulan kerja itu, Dr Faishal yang mengongsikan rasa teruja untuk mempengerusikannya bersama Encik Poon berkata:



"Dalam membangunkan langkah untuk tingkatkan sokongan kepada kanak-kanak dengan keperluan pembangunan tahap sederhana hingga serius di peringkat prasekolah, kami akan kaji dan belajar daripada amalan baik yang digunakan di prasekolah di dalam dan di luar negara.



"Ini supaya langkah yang tersedia ada mahupun yang baru dapat diperluas lagi ke lebih banyak prasekolah di sini."



Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam kenyataannya sebelum ini berkata antara lain, kumpulan kerja itu akan mengkaji pengalaman pusat prasekolah yang mengajar kanak-kanak dengan keperluan pembangunan tahap sederhana hingga serius.



Ini turut akan memberi peluang kepada kanak-kanak lain untuk fahami dan hargai kumpulan murid yang menghadapi keperluan pembangunan tersebut.



Ia juga berharap dapat mengembangkan kemahiran sosio-emosi kanak-kanak itu agar bersikap empati, dapat menyokong dan bekerjasama dengan rakan sebaya mereka yang mempunyai keperluan pembangunan.



Kumpulan kerja tersebut merupakan antara inisiatif di bawah Pelan Induk Keupayaan Ketiga yang menegaskan komitmen negara memupuk warga Singapura yang bersikap peduli dan inklusif.



Mengulas mengenai inisiatif terbaru itu, Dr Faishal dalam laman Facebooknya pula berkata:



"Bersama-sama, kita dapat memberi semua kanak-kanak yang mempunyai keperluan pembangunan, satu permulaan yang baik dalam kehidupan."




"Dalam membangunkan langkah untuk tingkatkan sokongan kepada kanak-kanak dengan keperluan pembangunan tahap sederhana hingga serius di peringkat prasekolah, kami akan kaji dan belajar daripada amalan baik yang digunakan di prasekolah di dalam dan di luar negara. Ini supaya langkah yang tersedia ada mahupun yang baru dapat diperluas lagi ke lebih banyak prasekolah di sini."
- Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >