Kumpulan kerja peringkat tinggi teliti isu pekerja berusia

SEBUAH kumpulan kerja peringkat tinggi bagi meneliti isu yang menjejas pekerja warga emas, akan dipengerusikan Setiausaha Tetap (Tenaga Manusia) Encik Aubeck Kam, dan diharap dapat mengongsi dapatan awal menjelang perbahasan belanjawan kementerian tahun depan.

Kumpulan Kerja Perikatan Tiga Pihak Bagi Warga Emas (TW3G-OW) itu akan mempunyai panel penasihat meliputi Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo; Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng; dan Presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef), Encik Robert Yap.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto