Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Kumpulan kerja teroka cara bantu penjaja guna wadah penghantaran

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH kumpulan kerja baru yang ditubuh pemerintah untuk membantu penjaja telah mengenal pasti tiga bidang tumpuan bagi membantu penjaja beralih ke wadah penghantaran makanan dalam talian serta mendigitalkan perniagaan mereka.



Ini termasuk menyokong penjaja dengan menyediakan sumber maklumat kepada mereka, mewujudkan wadah yang dapat dikekalkan serta meningkatkan permintaan makanan penjaja dalam talian dalam kalangan pelanggan mereka.



Bercakap kepada media semalam, Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor berkata melalui tiga bidang tumpuan itu, ia dapat memudahkan penjaja beralih ke wadah dalam talian serta memberi huraian kepada masalah seperti yuran dan komisen yang kini menghalang para penjaja menggunakan wadah-wadah tersebut.



"Dorongan bagi inisiatif ini sebenarnya adalah untuk melihat bagaimana ketiga-tiga pihak berkepentingan yang berbeza iaitu penjaja, masyarakat serta rakan industri serta agensi pemerintah dapat membantu menolong penjaja-penjaja kita meluaskan lagi pasaran mereka, dan menggunakan wadah digital untuk melengkapkan perniagaan mereka.



"Dalam keadaan sekarang, ia semakin penting untuk beralih (ke wadah digital) terutamanya di tengah-tengah pandemik Covid-19.



"Kita perlu melihat bagaimana penjaja kami juga dapat mendapatkan faedah dan tidak akan kerugian kerana jurang digital, terutamanya penjaja warga emas," katanya.



Kumpulan kerja itu diberi nama Perikatan untuk Tindakan SG Bersama - Pesanan Dalam Talian untuk Penjaja



Ia dipengerusikan oleh Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE).



Rakan kerja dalam kumpulan itu terdiri dari 10 anggota platform penghantaran makanan Bungkus, Deliveroo, Foodpanda, Grab, Oddle dan WhyQ; 10 wakil penjaja; wakil dari laman Instagram WheretoDabao dan bot Telegram SaveTheHawkersBot, dan editor bersekutu The Straits Times Chua Mui Hoong.



Kumpulan kerja itu mengadakan perbincangan pertama secara maya semalam.



Mengulas mengenai perbincangan yang diadakan itu, Dr Khor melahirkan perasaan gembira melihat komitmen dan sokongan mereka yang tampil membantu penjaja-penjaja di Singapura.



Turut menyertai perbincangan tersebut, Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How yang menjelaskan beberapa huraian akan dibentangkan dalam beberapa bulan yang akan datang.



"Pendekatan yang kami telah bincangkan dengan pihak berkepentingan adalah terdapat pelbagai perkara yang kita dapat melakukan secepat mungkin.



"Kita tidak seharusnya menunggu untuk mendapatkan semua huraian sebelum memulakan usaha kita," katanya.



Sebagai contoh, Encik Tan berkata mulai hujung minggu ini, duta digital mereka akan turun padang untuk meningkatkan pengetahuan mengenai pelbagai khidmat yang tersedia untuk penjaja serta geran dan insentif yang mereka dapat memanfaat dengan beralih ke dalam talian.



Memahami huraian yang akan dikeluarkan mungkin tidak sesuai bagi semua pusat penjaja atau penjaja kerana keperluan mereka yang berlainan.



Lantas, ia memerlukan hasil kolektif daripada syarikat yang menawarkan huraian, Persekutuan Persatuan Pedagang Singapura (FMAS), penjaja dan pelanggan.



Antara mereka yang merupakan sebahagian daripada perbincangan kumpulan kerja baru ini adalah wadah penghantaran makanan, Bungkus.



Menurut Encik Baru Walia, Ketua Pegawai Operasi (COO), sejak bulan lalu, mereka telah melihat kadar penjaja yang menggunakan wadah meningkat tiga kali ganda.



"Dengan orang ramai yang tidak dapat menjamu selera di luar, ramai telah memilih untuk beralih ke dalam talian untuk mendapatkan pendapatan.



"Mereka yang sebelum ini ragu-ragu, kini tidak mempunyai pilihan.



"Ramai yang menghubungi kami untuk menerima bantuan," kata Encik Baru sambil menambah sebanyak satu pertiga daripada perniagaan yang menggunakan khidmat mereka adalah penjaja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >