Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan masyarakat, akar umbi, gabung bantu anak banduan bersiap ke sekolah

Dec 20, 2021 | 05:30 AM



KECERIAAN dan senyuman daripada para penerima bantuan.



Itu sahaja cukup menjadi motivasi bagi Cik Sarimah Amat untuk terus menghulurkan bantuan kepada golongan susah.



Cik Sarimah, 54 tahun, mula bergiat dalam kerja amal sejak tahun 2000 dan pada 2014, beliau menubuhkan Project Pencil, sebuah badan amal yang mengumpul dan mengagih alat tulis kepada golongan memerlukan.



"Ia adalah keceriaan daripada senyuman kanak-kanak dan ucapan terima kasih daripada ibu bapa, yang menyentuh hati saya," kata suri rumah itu.



"Apabila kami memberi sesuatu kepada keluarga yang tidak punya apa-apa, ia menjadi segala-galanya buat mereka. Jadi, bantuan yang kami beri dapat membawa makna kepada kehidupan mereka."



Semalam, Project Pencil telah menyertai inisiatif Program Kembali Ke Sekolah di bawah Project Masyarakat Reben Kuning (YRCP) di Nee Soon.



Inisiatif anjuran divisyen Nee Soon Central itu bertujuan menyediakan barang keperluan sekolah bagi kanak-kanak daripada keluarga banduan menjelang tahun akademik baru bulan depan.



Peralatan seperti beg sekolah, alat tulis dan botol air diberikan kepada para penerima bantuan.



Sekitar 50 kanak-kanak di GRC Nee Soon meraih manfaat program itu.



Selain Project Pencil, agensi lain di Nee Soon seperti Masjid Darul Makmur, Kuil Holy Tree, HomeTeamNS@Khatib, Nur Insan dan Divisyen Nee Soon Central juga tampil menyumbang kepada usaha tersebut.



Di acara semalam, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, mengunjungi rumah dua keluarga di GRC Nee Soon untuk mengagihkan habuan, memberitahu media bahawa usaha YRCP, yang diterajui akar umbi, telah berkembang maju sejak ia dilancarkan lebih sedekad lalu.



YRCP kini disertai 93 divisyen akar umbi dari serata Singapura, dengan lebih 1,100 relawan akar umbi yang dilatih - naik daripada hanya lapan divisyen akar umbi dan 74 relawan pada 2010.



Inisiatif itu bertujuan menyediakan sokongan dan bantuan kepada keluarga banduan.



Sejauh ini, ia telah membantu sekitar 16,000 keluarga, kata Dr Faishal, yang juga merupakan Anggota Parlimen GRC Nee Soon.



Dr Faishal menambah Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) juga menyaksikan lebih 60 peratus banduan baru memohon bantuan YRCP untuk keluarga mereka.



"Dengan mendekati keluarga banduan terutamanya anak-anak mereka, ia dapat mencegah atau menghentikan kesalahan antara generasi dan memberi harapan untuk masa depan yang lebih cerah.



"Sedang kita prihatin terhadap proses pemulihan dan integrasi semula banduan ke dalam masyarakat, ia juga penting untuk kita membantu keluarga dan anak-anak mereka, mengisi jurang yang ada seperti memberi sokongan sosial, emosi dan pendidikan," kata Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >