Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan Media Cina SPH sedia peluang belajar ilmu digital untuk warga emas

CMG
Jan 05, 2022 | 05:30 AM



SEKURANG-KURANGNYA 300 warga emas akan berpeluang belajar secara terbimbing dengan percuma dalam bidang meneroka alam siber sebagai sebahagian daripada kerjasama baru antara Kumpulan Media Cina (CMG) SPH Media Trust dan Sekolah Kemanusiaan dan Sains Sosial, Politekninik Ngee Ann.



Di bawah inisiatif yang dinamakan 'Belia Bantu Warga Emas Amal Digital' atau 'Youths Help Seniors Go Digital' itu, pelajar daripada kursus media dan komunikasi Cina di sekolah itu akan memberikan bantuan perseorangan kepada pembaca warga emas akhbar berbahasa Cina, Lianhe Zaobao.



Bengkel itu dijangka dapat mengajar kemahiran dalam bidang yang merangkumi keselamatan siber dan asas e-dagang, lapor The Straits Times.



Memorandum Persefahaman (MOU) tiga tahun itu akan mempunyai sekurang-kurangnya 12 bengkel sedemikian yang dianjurkan setiap tahun, kata CMG di majlis menandatangani perjanjian itu pada 3 Januari lalu di bangunan SPH Media Trust di Toa Payoh.



Ini adalah perjanjian kedua yang ditandatangani antara organisasi, dengan perjanjian persefahaman pertama ditandatangani pada 2018.



Setiap bengkel digital dibuka kepada sekurang-kurangnya 25 warga emas, tertakluk kepada langkah-langkah Covid-19 semasa.



Sesi-sesi yang dianjurkan itu akan melibatkan sekitar 150 pelajar daripada kursus media dan komunikasi Cina, dengan kemungkinan akan berkembang kepada sekitar 2,000 pelajar dari sekolah itu untuk memenuhi keperluan, kata Cik Lynn Fong, Pengarah Sekolah Kemanusiaan dan Sains Sosial di Politeknik Ngee Ann.



Sesi-sesi ini akan diadakan di bangunan SPH Media Trust di Toa Payoh, kata editor pengurusan CMG, Cik Loh Woon Yen.



Orang ramai juga boleh menjangkakan program pendidikan dan latihan berterusan bagi perniagaan profesional yang dibangunkan bersama oleh sekolah dan platform pembelajaran dewasa CMG, Han Culture and Education.



Secara khusus, program ini akan meliputi cara-cara pengeluaran kandungan berunsur Cina, media sosial dan budaya perniagaan untuk golongan dewasa muda dalam bidang media dan bukan media.



Pelajar media dan komunikasi Cina sekolah itu juga akan terlibat dalam promosi dan penciptaan kandungan platform media CMG baru yang disasarkan kepada mereka yang berusia antara 18 dan 25 tahun.



Platform itu dijadualkan akan dilancarkan pada separuh pertama tahun ini.



Cik Loh berkata: "Dengan menyediakan kandungan yang relevan dalam bahasa Cina, kami berharap dapat menggalakkan warga Singapura yang lebih muda agar terus menggunakan bahasa Cina dan terus berhubung bukan sahaja dengan budaya, tetapi juga dengan dunia yang lebih besar."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >