Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan pegawai polis pakar dilantik di bawah skim laluan kerjaya baru

Sep 01, 2016 | 02:16 PM



KUMPULAN pertama 144 pegawai di bawah skim laluan kerjaya pakar baru pasukan polis telah dilantik pada Khamis (1 Sep).



Skim itu ialah sebuah laluan kerjaya baru bagi pegawai polis, yang akan dipilih dan dikhususkan untuk membangunkan kemahiran mendalam dalam bidang penyiasatan, operasi khas atau perisikan.



Ia dibentangkan kali pertama pada Seminar Pelan Kerja Polis tahunan pada April. Skim itu sebahagian daripada penyusunan semula struktur pangkat pasukan polis yang bertujuan menarik lebih ramai daripada golongan muda dan mengekalkan pegawai baik.



Pada Julai, polis melaksana struktur pangkat seragam bagi semua pegawai - memberi pegawai rendah peluang naik pangkat lancar.



Pegawai di laluan pakar baru pula boleh maju di arah sisian, bermula sebagai pakar kanan, sebelum maju menjadi pakar utama dan akhirnya pakar.



Mereka diberi sijil pelantikan oleh Pesuruhjaya Hoong Wee Teck dalam majlis di Kompleks Polis Cantonment pada Khamis.



Dalam kumpulan pertama itu terdapat dua pakar, 25 pakar utama dan 117 pakar kanan.



Para pegawai itu terdiri daripada pelbagai unit, termasuk Jabatan Siasatan Jenayah (CID), enam Divisyen Polis, Polis Trafik, Jabatan Ehwal Perdagangan, Polis Pengawal Pantai, dan Ketumbukan Operasi Khas dan Ketumbukan Keselamatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >