Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan pertama 15 pemimpin muda dikenal pasti sertai Tunas

Oct 03, 2021 | 05:30 AM



KUMPULAN pertama 15 pemimpin muda telah dikenal pasti menyertai program Tunas Bersama M³ yang bertujuan memperkukuh pembangunan kepimpinan lapisan muda dalam pertubuhan Melayu/Islam (MMO).



Mengumumkan demikian di majlis Anugerah Mendaki dan pelancaran Bulan Raikan Ilmu di Wisma Mendaki semalam, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata 15 pemimpin muda itu telah diundang dan identiti mereka akan diumumkan tidak lama lagi.



Jawatankuasa bagi inisiatif baru itu dipengerusikan Encik Masagos.



"Tahun ini saya telah membuat pengumuman mewujudkan satu program... Tunas Bersama M³ untuk memperkasa kepimpinan muda yang memegang jawatan tinggi di MMO kita dan kita telah mengumpulkan mereka... untuk mencipta sama apakah program yang mereka mahu.



"Sekarang ini kami sudah siap dan telah menyenaraikan lebih kurang 15 calon yang akan diundang... dan kami akan memberikan sebaiknya untuk mengasah kebolehan mereka supaya mereka dapat satu hari nanti memimpin persatuan tersebut dan meningkatkan lagi pencapaian masyarakat kita bersama," ujar Encik Masagos.



Tambahnya, kecemerlangan bukan sekadar dari segi pencapaian pendidikan namun juga satu sikap yang perlu ada supaya terus ada kemahuan untuk memperbaiki diri dan mempertingkat kemahiran.



"Atas pemikiran itu juga, kami memikirkan bahawa kita harus meningkatkan lagi ataupun memperkasa lagi kepimpinan muda di MMO kita," ujarnya.



Semasa menyampaikan ucapan di majlis tersebut semalam, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata usaha seperti Tunas Bersama M³ yang diterajui Mendaki serta Pejabat Mentoring Belia yang ditubuhkan oleh Mendaki bersama rakan kerja M³ - Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) - merupakan antara peluang yang disediakan pertubuhan masyarakat bagi belia untuk tampil berbakti.



Pencapaian hampir 500 pelajar Muslim diraikan di majlis Anugerah Mendaki semalam yang diadakan secara hibrid, dengan sekitar 30 hadirin di acara fizikal di Wisma Mendaki dan acara itu disiarkan secara langsung di laman YouTube Mendaki.



Acara tersebut turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) Zaqy Mohamad, yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki.



Encik Heng turut melancarkan Bulan Raikan Ilmu yang berlangsung dari 2 hingga 30 Oktober semalam.



Laporan lanjut: Bersatu dan sama-sama timba ilmu: DPM Heng




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >