Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan pertama 93 jemaah haji S'pura selamat berlepas

Jun 26, 2022 | 05:30 AM



KUMPULAN pertama jemaah haji Singapura seramai 93 orang daripada dua ejen penjualan pakej haji individu (IGSA), Shahidah Travel & Tours serta Halijah Travels, selamat berangkat ke Tanah Suci dalam jadual penerbangan petang dan malam, semalam.



Jurucakap Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang dihubungi Berita Minggu berkata, seramai 47 orang berdaftar di bawah Halijah Travels berangkat dengan penerbangan Scoot, manakala baki 46 orang pula merupakan jemaah Shahidah Travels & Tours yang ke Tanah Suci dengan pesawat Saudia.



Pengurus besar Haljah Travels, Encik Haffidz Abdul Hamid, berkata kesemua jemaah berada dalam keadaan bersiap sedia mengerjakan rukun Islam kelima dengan sebilangannya merupakan jemaah yang sepatutnya berangkat pada 2020 tetapi tertunda kerana sekatan Covid-19.



"Rata-rata, mereka yang sudah terima tawaran pada 2020 dan terpaksa menundanya sudah lengkapi diri dengan pengetahuan dan keperluan yang perlu dipenuhi di Tanah Suci.



"Jemaah kami tahun ini pula adalah dalam kalangan yang ditawarkan memenuhi kuota asal yang diberi kepada Singapura iaitu 407 orang.



"Melihat pada jumlah kes Covid-19 yang masih tidak menentu dan kelihatan meningkat, kami harus lebih berjaga-jaga," katanya.



Antara jemaah kumpulan pertama semalam adalah Cik Hamidah Abdul Karim, 50-an tahun, aktivis bunga profesional, yang mengerjakan haji bersama suaminya, Encik Hassan Ali, awal 60-an tahun.



"Kami sepatutnya berangkat pada 2020 tetapi terpaksa menangguhkannya kerana Covid-19. Pastinya ada hikmah di sebalik segalanya kerana dalam tempoh dua tahun itu, kami dapat lebih mempersiapkan diri kami. Kami berdoa kami diberi kesihatan untuk menjalankan ibadah yang memerlukan stamina minda, emosi dan fizikal," katanya.



Sehingga Khamis lalu, akhbar ini melaporkan, lebih 362 jemaah haji tambahan telah mendaftar dengan tiga ejen penjualan sejak Singapura diberi peruntukan tambahan kuota haji bagi tahun ini.



Selain IGSA, dua GSA Konsortium (CGSA) dilantik Muis bagi menawarkan pakej haji tahun ini.



Laporan lanjut: Arab Saudi larang semua jenis gas memasak di tapak suci dalam musim haji 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >