Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan pertama askar SAF mula terima vaksin Covid-19

Jan 22, 2021 | 05:30 AM



KUMPULAN pertama askar Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 14 Januari lalu dan ia merancang menjalankan vaksinasi bagi kebanyakan askar lain menjelang pertengahan tahun, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam.



Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad menyertai 20 kakitangan SAF untuk menerima vaksin minggu lalu di Pusat Perubatan Mindef di Bukit Gombak.



Kakitangannya termasuk Ketua Kor Perubatan, Kolonel (Dr) Lo Hong Yee.



Mereka akan menerima dos kedua mereka 21 hari kemudian.



Fasa pertama program pemvaksinan SAF menyasarkan kakitangan perubatan dan barisan hadapan Covid-19.



Ia dijangka selesai dalam enam minggu, termasuk dos kedua, kata Mindef dalam satu pos Facebook semalam.



Kakitangan dalam unit kritikal - seperti mereka yang terlibat dalam perlindungan pangkalan utama, pertahanan laut dan udara, dan yang menentang pengganasan - akan diberi vaksin lebih awal sebelum yang lain di SAF menerima suntikan mereka.



Dr Ng berkata dalam pos yang sama bahawa terdapat rancangan untuk memastikan sebahagian besar pasukan aktif SAF diberi vaksin menjelang pertengahan tahun ini.



Singapura sedang mempertingkat program pemvaksinannya, dengan mereka dalam angkatan bersenjata menyertai kumpulan lain yang telah mengambil dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech, seperti pegawai Home Team, kakitangan rumah penjagaan, dan pekerja penjagaan kesihatan dan penerbangan.



Semua kakitangan perkhidmatan SAF aktif yang didapati layak menerima vaksin itu akan diberikan vaksinasi, kata Mindef.



"Perlindungan pemvaksinan luas dalam SAF akan melindungi anggota perkhidmatan lelaki dan wanita kita, menyokong kesediaan operasi SAF dan membolehkan penyambungan semula lebih luas bagi latihan dan kegiatan yang menghimpunkan askar," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >