Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan pertama jemaah S'pura berangkat ke Makkah

Jul 21, 2019 | 05:30 AM



PERASAAN sedih bercampur gembira jelas terpancar di wajah para jemaah kumpulan pertama yang bakal menunaikan ibadah haji tahun ini.



Meskipun sedar akan "cabaran besar" yang bakal dihadapi di Tanah Suci kelak, namun itu semua bak tidak mematahkan semangat sekumpulan 42 jemaah itu yang rata-rata begitu bersemangat memenuhi tuntutan mengerjakan rukun Islam kelima itu.



Salah seorang daripada mereka, Encik Abdul Ghani Jusoh, 67 tahun berkata beliau telah membuat persiapan sebelum ini bagi memastikan dirinya lebih bersedia sepanjang sebulan di Tanah Suci kelak.



"Alhamdulillah. Saya dan isteri telah lakukan amalan berjalan kaki sebagai persiapan sebelum ke Makkah.



"Kami juga pastikan pemakanan lebih sihat serta minum banyak air seperti yang disarankan pihak agensi selain anggota keluarga kami," kata pesara itu lagi yang menanti sekitar tujuh tahun sebelum permohonan untuk menunaikan haji tercapai.



Sepasang lagi suami isteri yang kali pertama menunaikan haji, Encik Andin Budiarto, 43 tahun serta isterinya Cik Yawarda, juga 43 tahun berkata cuaca panas selain kawasan ibadah yang dijangka sesak dengan jemaah merupakan cabaran yang mereka jangkakan.



"Selain cuaca panas dan ramainya jemaah, saya juga jangkakan sekitaran yang berdebu.



"Tapi kami bersedia kerana selepas sekian lama menanti, akhirnya kami berjaya juga memenuhi hasrat yang lama terpendam ini," katanya sambil memandang wajah isteri dan saudara maranya.



Untuk keberangkatan semalam, para jemaah menaiki pesawat Scoot Airways dan Saudi Arabia Airlines (Saudia) untuk penerbangan ke Jeddah, Arab Saudi.



Turut hadir di lapangan terbang itu ialah Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood, dan Ketua Delegasi dan Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Dr Albakri Ahmad.



Semasa ditemui Dr Albakri berkata:



"Sebelum penerbangan ini kami telah memberi taklimat haji kepada jemaah untuk menerangkan kepada mereka tentang apa yang bakal dijangkakan semasa di sana. Kami nasihatkan mereka agar lebih peka tentang langkah keselamatan dan juga menjaga kesihatan termasuk kebersihan semasa di sana.



"Kami mempunyai pejabat Muis di sana yang akan dikendalikan pejabat ehwal haji Singapura di sana, termasuk para doktor dan jururawat. Kami juga akan bekerjasama dengan agensi di sana, termasuk pihak kesihatan Arab Saudi dan agensi lain bagi memastikan jemaah mendapat perkhidmatan dan keperluan yang sejajar semasa di sana," katanya.



Muis akan bekerjasama dengan Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) dan ejen penjualan (GSA) untuk pastikan perjalanan para jemaah terus lancar semasa di sana.



Kumpulan terakhir jemaah dijangka bakal berangkat pada 5 Ogos ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >