Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VTL SG-MALAYSIA

Kumpulan pertama penerbangan bebas kuarantin dari KL tiba di Changi

Nov 30, 2021 | 05:30 AM



KUMPULAN pertama penerbangan bebas kuarantin bagi penumpang dari Kuala Lumpur, India dan Indonesia mendarat di Lapangan Terbang Changi semalam, sedang kebimbangan sempadan yang akan kembali tertutup memuncak disebabkan varian baru Covid-19.



Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL)(Udara) bagi Finland dan Sweden juga bermula semalam.



Berita mengenai varian Omicron itu, yang dinilai oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai mempunyai risiko yang lebih tinggi, menyebabkan Jepun dan Italy mengumumkan penutupan sempadan mereka kepada warga asing dalam tempoh dua hari lalu.



Langkah Singapura untuk membuka sempadannya kepada penumpang dari India dan Kuala Lumpur amat penting kerana penumpang dari kededua negara itu membentuk sebahagian besar penumpang di Lapangan Terbang Changi sebelum pandemik.



Meskipun Indonesia juga merupakan antara pasaran besar bagi Singapura ia belum membuka sempadannya kepada Singapura.



Di bawah VTL itu, penumpang yang telah divaksin boleh memasuki Singapura tanpa kuarantin.



Antara syarat yang dikenakan adalah mereka perlu menaiki pesawat khusus ke Singapura.



Penerbangan VTL pertama dari Kuala Lumpur, pesawat Jetstar Asia 3K684, mendarat di Lapangan Terbang Changi pada 10.02 pagi semalam.



Jetstar Asia juga mengendalikan penerbangan VTL pertama ke Malaysia dengan seramai 170 penumpang ke Kuala Lumpur sekitar 7.20 pagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >