Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan pertama penerima biasiswa AS-S'pura

Jun 01, 2017 | 05:30 AM



HUBUNGAN pendidikan merupakan hanya sebahagian daripada kerjasama yang mendalam dan meluas antara Amerika Syarikat dengan Singapura yang telah dijalin sejak 51 tahun lalu, kata Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman.



Dr Maliki berkata bahawa Amerika dan Singapura juga mempunyai hubungan kukuh dalam bidang pertahanan dan ekonomi selain terus berusaha membina kerjasama dalam bidang lain termasuk bantuan kemanusiaan, keselamatan siber dan teknologi kewangan (FinTech).



Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis jamuan malam bagi program biasiswa pertukaran semasa musim panas antara Amerika dengan Singapura anjuran Kedutaan Amerika kelmarin.



Majlis itu turut dihadiri pegawai kanan diplomatik Amerika di sini, Cik Stephanie Syptak-Ramnath.



Semasa majlis itu, Dr Maliki turut mengucapkan tahniah kepada kumpulan pelajar Amerika dan Singapura pertama dipilih menerima biasiswa yang diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa lawatan rasmi ke Amerika Ogos lalu sempena ulang tahun ke-50 kerjasama kukuh antara kedua-dua negara.



Sepanjang lima tahun mendatang, seramai 50 pelajar Singapura dan 50 pelajar Amerika akan menyertai program itu.



Antara universiti yang menyertai program itu termasuk Northeastern, Purdue, Stanford, Universiti California Berkeley, Universiti California Los Angeles (UCLA) dan Yale dari Amerika serta Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) dari Singapura.



"Program pertukaran ini hanya contoh terkini yang menunjukkan hubungan pendidikan yang kukuh dan berkembang antara Singapura dengan Amerika," kata Dr Maliki.



Selain pendidikan, beliau menarik perhatian bahawa Singapura dan Amerika mempunyai hubungan pertahanan yang kukuh.



Sebagai contoh lebih 1,000 pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berlatih di Amerika setiap tahun manakala Amerika pula merupakan antara negara yang menggunakan Pangkalan Tentera Laut Changi dan Pangkalan Tentera Udara Paya Lebar.



Tambahnya, hubungan ekonomi Amerika-Singapura juga telah memberi manfaat kepada rakyat dan syarikat kedua-dua negara.



Antara lain terdapat 4,200 syarikat Amerika di Singapura sementara pelaburan syarikat Singapura di Amerika serta eksport dari negara itu ke sini dapat menampung hampir 250,000 pekerjaan di Amerika pada 2015.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >