Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan seni siap berpentas depan penonton secara langsung

Aug 16, 2021 | 05:30 AM



KUMPULAN seni setempat sedang bersiap sedia bagi persembahan live atau secara langsung pertama mereka sejak pandemik Covid-19 melanda lebih setahun lalu.



Setelah beberapa kali mengadakan persembahan secara maya sebelum ini, mereka mendapati minggu-minggu dan bulan-bulan akan datang sebagai masa yang sesuai untuk kembali membuat persembahan di hadapan penonton memandangkan keadaan semakin stabil dan ramai warga Singapura sudah divaksin.



Antara persembahan secara langsung yang boleh dijangkakan ialah Kacip Mas Dulang Permata 9 oleh kumpulan tari Era Dance Theatre Limited (EDT).



Persembahan itu akan diadakan dalam tiga sesi pada 27 dan 28 Ogos dan kesemua 150 tiket sudah pun habis dijual semalam.



Pengarah Artistik EDT, Encik Osman Abdul Hamid, berkata penjualan tiket yang amat baik itu menunjukkan bahawa "warga Singapura yang tahu dan telah mengalami keajaiban persembahan secara langsung tidak sabar untuk kembali ke teater".



Ia adalah persembahan secara langsung pertama EDT sejak pandemik bermula yang memaksa kumpulan itu mengadakan persembahannya di dalam talian.



Penonton bagaimanapun perlu mematuhi langkah pengurusan selamat (SMM) seperti memakai pelitup sepanjang masa dan memastikan jarak selamat.



Mereka akan diberikan tiket dan buku program elektronik supaya tidak perlu mempunyai kontak fizikal dengan kakitangan di lokasi.



Pementasan juga akan direhatkan selama 15 minit bagi membolehkan kerja penyahjangkitan dilakukan di kawasan pentas.



Persembahan secara langsung dihentikan sejak sebelum pemutus rantaian jangkitan tahun lalu, dan kemudian disambung semula sejak 1 November lalu.



Sekatan bagaimanapun kembali diperketat pada Mei lalu dengan semua persembahan secara langsung perlu ditunda.



Ia kemudian kembali dibenarkan dan sejak Selasa lalu, penonton ke persembahan secara langsung dihadkan kepada 50 orang yang belum divaksin dan tanpa ujian praacara, atau 500 orang yang telah divaksin.



Mulai 19 Ogos, bilangan hadirin akan ditambah kepada 1,000 orang yang telah divaksin.



Antara kumpulan seni yang terjejas oleh peraturan yang berubah-ubah itu ialah Teater Ekamatra, yang pementasan Pulang Balik yang sepatutnya dipersembahkan Jun lalu terpaksa ditangguh.



Ia kini akan dipentaskan dari 5 hingga 7 November ini, tetapi pengarah urusan Teater Ekamatra, Cik Shaza Ishak, berkata beliau masih bersikap berhati-hati dengan tidak mengambil risiko besar kerana sedar perubahan peraturan boleh berlaku pada bila-bila masa.



Pementasan Pulang Balik, yang juga akan mempunyai versi digital, adalah persembahan secara langsung pertama kumpulan itu sejak yang terakhir diadakan pada 2019 sebelum pandemik bermula dan semua persembahan dijalankan dalam talian.



Kumpulan seni Sriwana pula akan mengadakan persembahan secara langsungnya yang pertama sejak Covid-19 pada 9 Oktober berjudul Untaian Seni Lestari.



Pementasan muzikal percuma sempena penutupan Bulan Bahasa itu akan dipersembahkan kepada 50 hadirin secara langsung dan juga dirakam untuk ditayangkan secara dalam talian seminggu kemudian.



Bagaimanapun kumpulan itu turut membuat rancangan sekiranya persembahan secara langsung tidak boleh dijalankan, mereka akan merakamnya tanpa penonton dan menayangkannya pada hari sama.



"Kami tidak mengadakan persembahan secara langsung sebelum ini kerana keadaan yang tidak menentu dan terdapat terlalu banyak kerumitan. Setelah kami menyesuaikan diri tahun lalu, kami mengadakan beberapa persembahan secara maya. Tetapi kami memang menantikan peluang untuk dapat turun semula ke teater," kata Presiden Sriwana, Cik Fauziah Hanom Yusuf.



"Kami rindu untuk melihat penonton dan mendengar tepukan gemuruh mereka yang memberi kami semangat untuk membuat persembahan terbaik. Kami juga rindukan suasana di pentas, dengan lampu dan sistem bunyinya. Semua itu tidak dapat dialami melalui persembahan secara maya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >