Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan Sikh jemput 'influencer' ke gurdawara setelah gambar Instagram dua lelaki bersarban tular

Sep 30, 2019 | 02:32 PM



APABILA seorang ‘influencer’ media sosial memuatnaikkan video menyifatkan dua lelaki bersarban “halangan besar” menghalang pemandangannya di Grand Prix Singapura tular, segelintir daripada masyarakat Sikh rasa kurang selesa.



Walaupun Cik Sheena Phua, seorang influencer kecantikan dan pengembaraan di Instagram dengan lebih 76,000 pengikut di Instagram, menerima kritikan dalam talian, sekumpulan anak muda Sikh memberi respons yang agak berlainan.



Mereka menjemputnya ke tempat beribadah orang Sikh dan membawa Cik Phua melihat-lihat gurdwara itu agar beliau dapat belajar lebih tentang tradisi mereka.



Encik Sarabjeet Singh, 34 tahun, presiden Persatuan Muda Sikh (YSA) memberitahu The Straits Times (ST) bahawa kumpulannya berfikir sejenak sebelum membuat tindakan itu.



“Beberapa respons terhadap Sheena seperti kes buli siber. Walaupun terdapat di antara kami yang kurang selesa, kami tahu bahawa ia peluang untuk mendekati dan melibatkannya,” katanya.



Cik Phua, 29 tahun, telah meminta maaf atas kenyataan kontroversinya di Instagram pada 21 September. Beliau telah memuatnaik gambar dua lelaki bersarban yang sedang berdiri di depannya di Grand Prix Singapura bersertakan kapsyen: “Alamak! Dua halangan besar menjelma dari mana entah.”



Beliau kemudain menjelaskan bahawa “halangan” yang dimaksudkannya adalah ketinggian dua lelaki itu yang lebih tinggi daripadanya, dan perkara itu diambil di luar konteks.



“Setelah membuat renungan, saya setuju bahawa walaupun video itu tidak berbaur perkauman secara terang, ia tidak sensitif dan menyebabkan kesusahan terhadap masyarakan Sikh… Saya menerima jemputan YSA untuk belajar dengan lebih dalam lagi,” kata Cik Phua kepada ST.



Sabtu lalu, beliau melawat Central Sikh Temple selama empat jam di Towner Road, dan mengatakan “menunjukkan betapa amannya agama Sikh ini.”



Cik Phua memberitahu ST bahawa beliau mempunyai kawan rapat beragama Sikh tetapi tidak pernah bincangkan topik agama mahupun budaya dengan rakan itu.



“Saya tidak pernah mendalami dan memahami agama lain. Bagi kebanyakan anak muda, isu yang kami bincangkan selalunya isu yang remeh seperti fesyen, gosip dan melancong,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >