Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kunjungan muhibah relawan PAP Muda jelang Aidiladha

34 belia dari Biro Ehwal Melayu PAP agih makanan di Brickland, Choa Chu Kang
Jul 03, 2022 | 05:30 AM



SAMBIL merapatkan muhibah dan berkongsi rezeki bersama penduduk, itulah dilakukan sekumpulan 34 relawan yang 'turun padang' ke Brickland di Choa Chu Kang semalam dan turut mengambil kesempatan mengenal penduduk flat sewa di sana dengan lebih dekat.



Semasa lawatan itu, mereka mengagihkan habuan makanan yang disumbangkan oleh Boon Lay Power Nasi Lemak kepada 200 isi rumah flat sewa di Blok 813A Chua Chu Kang Avenue 7.



Ia merupakan sebahagian usaha gerakan belia di bawah Biro Ehwal Melayu (MAB) Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dinamakan MAB Muda menjelang Hari Raya Haji minggu depan.



Anggota Parlimen GRC Choa Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, yang juga pengerusi bersama MAB Muda, berkata usaha itu menyusuli tinjauan yang dijalankan sebelum ini yang antara lain mendapati bahawa keselamatan dan kos perumahan adalah antara tiga cabaran utama yang dihadapi belia Melayu/Islam hari ini.



"Justeru, kami ingin lebih mengetahui dan mendalami isu ini, dan kami juga dapat mengenal pasti keluarga yang kami boleh bantu secara langsung di kawasan ini.



"Aktivis kita juga dapat memahami dan lebih mendalami isu ini serta boleh bersama kita dalam usaha lain untuk membangkitkan inisiatif baru supaya kita dapat lebih menangani dan mengenal pasti pendekatan yang lebih berkesan bagi golongan penduduk yang berbeza," ujarnya.



Anggota Parlimen kawasan undi itu, Encik Don Wee, turut merakamkan penghargaannya buat MAB PAP atas usaha berterusannya membantu penduduk yang kurang bernasib baik di kawasan itu.



"Seperti yang dikatakan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semasa melancarkan inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura, kita perlu memperbaharui kompak sosial dan membantu golongan kurang bernasib baik tingkatkan mobiliti sosial.



"Ini merupakan antara pelbagai inisiatif PAP untuk melengkapi usaha pemerintah membantu golongan kurang bernasib baik dan mempertingkat kehidupan mereka," katanya.



Antara relawan yang menyertai usaha mengagihkan habuan makanan itu kepada penduduk termasuk Encik Muhamed Zhaffi Mohamed Ibrahim, 36 tahun, seorang konsultan.



Beliau membawa isterinya, Cik Herlina Jumahat, 36 tahun, dan anak sulung mereka, Zayn Muhamed Zhaffi, tujuh tahun, untuk turut serta dalam usaha itu.



"Saya membawa mereka kerana saya ingin mereka juga merasakan pengalaman melakukan kerja sukarela dan melihat kehidupan mereka yang kurang bernasib baik," ujar bapa tiga anak itu yang terlibat dengan kerja sukarela dalam masyarakat sejak sekitar dua tahun lalu.



Antara penduduk yang menerima habuan makanan itu termasuk keluarga Encik Mohamed Noor Faizal Sahul Hamid, 33 tahun, dan isterinya, Cik Nur Aslinda Rafiee, 32 tahun, yang mempunyai enam anak berumur antara tujuh bulan dengan 11 tahun.



Encik Faizal yang bekerja sambilan sebagai atendan bas sekarang berkata beliau tidak dapat bekerja sepenuh masa kerana perlu menjaga isterinya yang masih mengalami masalah kesihatan selepas dijangkiti Covid-19 November lalu.



"Dengan inflasi dan harga makanan yang naik, kami gembira dapat bantuan makanan ini kerana kadang-kadang, susu dan lampin budak pun kami tak dapat beli," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >