Subuh
5:33
Syuruk
6:50
Zuhur
12:54
Asar
4:05
Maghrib
6:56
Isyak
8:05

Kunjungan pererat hubungan S’pura-M’sia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kunjungan pererat hubungan S’pura-M’sia

Nov 12, 2018 | 05:29 PM

PERDANA Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, tiba di sini hari ini bagi lawatan rasmi dua hari atas undangan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Ketibaannya disambut dengan upacara rasmi disusuli dengan kunjungan beliau menemui Presiden Halimah Yacob di Istana.

Dr Mahathir, yang ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, kemudian dijamu makan tengah hari oleh PM Lee.

Satu acara menamakan anggerik sempena nama Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah turut diadakan.

Esok, Dr Mahathir dijadualkan dijamu makan tengah hari oleh Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong. 

Dr Mahathir, 93 tahun, akan juga diberi anugerah Doktor Kehormat Undang-undang oleh institut pengajian alma maternya, Universiti Nasional Singapura.

Ini adalah lawatan pertama Dr Mahathir ke sini selepas kembali menjadi perdana menteri Malaysia di samping menghadiri Sidang Puncak Asean Ke-33.

Lawatan itu adalah sebahagian daripada lawatan pengenalan peringkat tinggi Dr Mahathir ke negara Asean selepas mengang
kat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh pada Mei lepas.

Selain isterinya, Dr Mahathir ditemani Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah, dan beberapa pegawai kanan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3