Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN SULTAN JOHOR KE SINGAPURA

Kunjungan perkukuh jalinan

Desmond Lee: Presiden Halimah, PM Lee dan Sultan Ibrahim bincang perkukuh lagi hubungan dalam temuan masing-masing
Jul 23, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang merupakan Menteri Pengiring bagi lawatan rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, ke sini, berkata beliau berbesar hati menjadi tuan rumah rombongan diraja di Singapura.



Encik Lee juga berkata beliau gembira dapat bertemu isteri Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim; dan isterinya, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam.



Mengulas tentang lawatan rasmi tiga hari Sultan Ibrahim ke Singapura, Encik Lee menulis dalam satu kiriman di Facebook:



"Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Halimah Yacob mengadakan perbincangan baik semasa pertemuan masing-masing dengan Sultan Ibrahim di Istana tentang cara kita boleh mengukuhkan lagi hubungan Singapura-Johor.



"Sultan Ibrahim juga dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang daripada NUS (Universiti Nasional Singapura)."



Encik Lee juga berkata beliau dan Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, menyertai majlis jamuan tengah hari yang dihos oleh Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, bagi Sultan Ibrahim.



Menurut Enck Lee lagi, Sultan Ibrahim turut melawat Pangkalan Udara Sembawang dan mereka menaiki helikopter CH-47F Chinook dan menikmati "pemandangan indah Johor Bahru dan Singapura".



Encik Lee menambah bahawa beliau juga bertemu Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, yang menyertai rombongan Sultan Ibrahim, untuk membincangan kerjasama antara Singapura dan Johor.



Satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan (Mindef) mengatakan turut menyertai rombongan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dato' Dr Haji Azmi Rohani, dan pegawai kanan Johor lain.



Lawatan Sultan Ibrahim ke Pangkalan Udara Sembawang dihos dihoskan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.



Mereka turut disertai Ketua Staf (Staf Udara) Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), Brigedier Jeneral Lau Boon Ping.



"Baginda diberi taklimat mengenai RSAF, melihat paparan statik Helikopter Angkat Berat CH-47F, dan menaiki helikopter itu", kata Mindef.



Sultan Ibrahim mengadakan lawatan rasmi ke negara ini dari 20 Julai hingga semalam atas undangan PM Lee.



Menurut pejabat media diraja Johor dalam catatan Facebook, PM Lee menyampaikan surat undangan bagi lawatan rasmi itu menerusi Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, pada Disember lalu ketika beliau bertemu Sultan Ibrahim di Johor Bahru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >