Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kunjungan Sultan Perak ke SG, harapan PM Lee bina hubungan lebih erat

Jun 23, 2022 | 05:30 AM



TIMBALAN Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang juga Sultan Negeri Perak berada di Singapura bagi satu kunjungan berlangsung dari kelmarin hingga Jumaat ini atas undangan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Baginda Sultan Nazrin Shah akan menghadiri pertemuan bersama Encik Lee dan beberapa menteri lain, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan semalam.



Dalam satu catatan di Facebook semalam, Encik Lee telah memuatnaikkan satu gambar beliau bersama dengan Sultan Nazrin, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan dan juga Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini.



Dalam pos itu, Encik Lee berkata beliau mengadakan satu pertemuan yang "baik bersama Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan Sultan Negeri Perak Nazrin Shah sambil meminum teh", kelmarin.



"Kali terakhir kami bertemu adalah pada 2019, apabila Tuanku melawati Singapura bagi Pertandingan Golf Universiti Malaya-NUS," kata Encik Lee.



"Saya gembira kami dapat bertemu secara bersemuka sekali lagi memandangkan sempadan negara sudah dibuka sekarang."



Encik Lee menambah, beliau dan Sultan Nazrin telah membincangkan tentang perkembangan serantau ini serta bidang-bidang tertentu yang boleh Singapura dengan Perak memperkukuhkan kerjasama.



"Saya berharap dapat membina hubungan lebih erat antara Singapura dengan Malaysia, termasuk Negeri Perak. Saya berharap kunjungan Sultan Nazrin di Singapura bermanfaat baginya!" kata Encik Lee.



Beberapa menteri lain turut dijadual untuk bertemu dengan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.



Mereka termasuk, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean; Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong; Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu; Menteri Pendidikan Encik Chan Chun Sing; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, dan Menteri Kedua kesihatan Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Pembangunan Negara Encik Desmond Lee dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.



Sultan Nazrin juga akan menghadiri taklimat berkenaan rancangan mesra alam di sini, Pelan Hijau Singapura 2030.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >