Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kunjungi pasar semasa waktu kurang sesak: NEA

Apr 01, 2022 | 08:15 PM



MEMBELI makanan dan barangan keperluan lain di pasar sebagai persiapan menjelang dan semasa Ramadan?

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menasihatkan orang ramai agar mengunjungi pasar pada hari bekerja apabila pelanggan tidak begitu ramai.

Namun, jika perlu pergi ke pasar pada hujung minggu, kunjungilah selepas 10 pagi apabila orang ramai berkurangan berbanding  pada awal pagi.



Dalam catatan Facebook pada Jumaat (1 Apr), NEA menyatakan pagar sementara di sekeliling pasar telah ditanggalkan, sejajar dengan kelonggaran langkah pengurusan selamat (SMM) Covid-19.

“Ini akan memudahkan akses dan memberi kemudahan lebih selesa kepada pengendali gerai dan pelanggan, tetapi  mungkin menyebabkan lebih ramai orang di dalam kawasan pasar,” ujar agensi itu.



Sementara duta jarak selamat akan ditempatkan dalam tempoh sekarang  untuk memastikan kawasan pasar tidak terlalu sesak,  pengunjung digalakkan untuk menjaga jarak satu  meter dari orang lain.

NEA menarik perhatian bahawa memandangkan pasar adalah premis tertutup, orang ramai mesti memakai pelitup.



Mereka juga diingatkan melakukan daftar masuk SafeEntry menggunakan Gerbang SafeEntry, atau dengan mengimbas Kod QR pada poster yang diletakkan di pelbagai lokasi.

“Sedang kita beralih ke arah hidup dengan Covid-19, mari kita terus berwaspada dan mematuhi SMM, untuk melindungi diri kita dan orang tersayang.” ujar NEA.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >