Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kuota COE Februari hingga April jatuh lagi ke paras terendah dalam lapan tahun

Jan 14, 2022 | 10:59 PM



KUOTA Sijil Hak Milik (COE) untuk Februari hingga April telah ditetapkan pada 10,452 - meneruskan kemerosotannya ke paras terendah dalam lapan tahun.


Kuota terkini itu adalah penurunan daripada 10,590 yang tersedia dari November 2021 hingga Januari 2022.


Ia juga merupakan yang terendah dalam lapan tahun sejak tempoh Februari hingga April 2014, apabila ada 9,127 COE.


Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Oktober lalu berkata kadar pertumbuhan kenderaan akan dikekalkan pada sifar sehingga 31 Januari 2025, di tengah-tengah kekangan tanah dan keperluan yang bersaing,sedang bilangan kenderaan di Singapura menghampiri 1 juta.


Bagaimanapun, sebagai pengecualian, kenderaan barangan dan bas akan dibenarkan bertambah 0.25 peratus setiap tahun.


Bagi tempoh Februari hingga April, Kategori A (kereta hingga 1,600cc dan 97kW) akan mempunyai kuota sebanyak 3,187, lebih rendah daripada 3,190 pada suku sebelumnya.


Kategori B (kereta melebihi 1,600cc dan 97kW) akan mempunyai kuota 3,299, turun daripada 3,521.

Kenderaan barangan dan bas dalam Kategori C akan mempunyai kuota sebanyak 457, berbanding 540 pada suku sebelumnya.


Kuota bagi Kategori D (motosikal) juga berkurangan daripada 2,468 kepada 2,427.


COE dalam Kategori E, yang terbuka kepada semua kenderaan kecuali motosikal, akan mempunyai kuota 1,082, naik daripada 871 pada suku sebelumnya.


Pembidaan di bawah kuota ini akan bermula pada Isnin pertama bulan Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >