LEBIH ramai jemaah Singapura boleh menunaikan ibadah haji tahun ini.
Menteri Bertanggungjawab bagi Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, mengumumkan bahawa kuota rasmi bagi jemaah Singapura dinaikkan daripada 680 kepada 800 mulai tahun ini.
Beliau berkata demikian kepada media semasa mengunjungi Masjid Al Khair di Teck Whye Crescent yang hampir selesai menjalani kerja peningkatan sebelum solat Jumaat tadi.
Dengan kuota rasmi yang dinaikkan ini, jemaah Singapura juga boleh menjangkakan waktu menunggu yang lebih pendek.