Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kuota haji: S'pura juga nantikan butiran apakah ia akan ditambah

Mar 04, 2022 | 05:30 AM



Semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Ehwal Luar (MFA) di Parlimen semalam, Dr Maliki berkata beliau gembira umat Islam Singapura telah dapat melakukan perjalanan ke Arab Saudi untuk menunaikan ibadah umrah, setelah tidak dapat melakukannya bagi sebahagian besar 2020 dan tahun lalu.



Beliau juga memahami keghairahan masyarakat agar ibadah haji dapat disambung.



"Kami berharap dapat menerima butiran lanjut sama ada haji 2022 akan dibuka kepada jemaah haji antarabangsa dan juga peningkatan kuota haji kita," kata beliau.



Berita Harian melaporkan sebelum ini bahawa sekitar 38,000 pemohon telah mendaftar dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk menunaikan haji pada tahun-tahun mendatang.



Buat masa ini, Arab Saudi memperuntuk 900 tempat rasmi bagi Muslim Singapura setiap tahun, dan pemohon boleh menjangka penantian sekurang-kurangya 39 tahun untuk menunaikan haji.



Sejumlah 900 jemaah Singapura menunaikan haji pada 2019 selepas kuota haji ditambah 100 tempat.



Arab Saudi sejauh ini belum membuat sebarang pengumuman sama ada jemaah antarabangsa akan dibenarkan menunaikan ibadah haji tahun ini.



Pada Oktober lalu, sebuah pasukan bertindak yang terdiri daripada anggota Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) mengadakan lawatan ke Arab Saudi untuk meninjau protokol kesihatan dan keselamatan baru yang perlu dipatuhi jemaah umrah Singapura dalam norma baru.



Ini selepas Arab Saudi mengumumkan ia akan mula menerima pelawat asing yang sudah divaksinasi penuh untuk menunaikan umrah. Jemaah umrah dikehendaki mematuhi peraturan pengurusan selamat yang dilaksana di Arab Saudi, termasuk memuat turun aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna untuk menempah slot menunaikan umrah dan solat.



Menurut laporan akhbar Arab News September tahun lalu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan sekitar 10 juta jemaah menunaikan umrah sejak 4 Oktober 2020 berikutan pelancaran prosedur "umrah selamat" dan pengembalian jemaah secara beransur-ansur ke Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >