Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Kuota penerbangan VTL: Penambahan bergantung keadaan Covid-19, kes import dan permintaan penumpang

Nov 02, 2021 | 05:30 AM



KADAR ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Changi bagi 13 negara di bawah skim laluan bagi orang yang sudah divaksin (VTL) sekarang adalah sekitar 15 peratus berbanding paras ketibaan penumpang sebelum pandemik Covid-19.



Namun kuota VTL bermakna paras sebenar lebih dekat kepada 5 peratus.



Menteri Pengangkutan Encik S. Iswaran menyatakan demikian di Parlimen semalam sambil menambah akan terdapat sekitar 19 penerbangan VTL di Lapangan Terbang Changi selepas aturan berkenaan bersama Australia, Switzerland dan Korea Selatan, dilancarkan lewat bulan ini, lapor The Straits Times semalam.



Menurutnya, ini akan meningkatkan kuota seharian VTL itu daripada 2,500 penumpang kepada 4,000.



Namun, kuota bagi penerbangan VTL, yang terdapat sekitar 200 penumpang dalam setiap pesawat bermakna, bilangan penerbangan antara Singapura dengan 13 negara VTL itu belum lagi kembali semula sepenuhnya seperti dahulu.



Encik Iswaran berkata, peningkatan lanjut penerbangan antara negara-negara berkenaan bergantung kepada keadaan virus, jumlah kes import serta permintaan penerbangan.



"Kami telah menetapkan kuota keseluruhan bagi skim VTL ini sebagai satu langkah pencegahan untuk menangani risiko kesihatan umum di sini," katanya menjawab pertanyaan beberapa Ahli Parlimen (AP) mengenai bagaimana kuota keseluruhan VTL dan terhadap setiap negara itu ditetapkan.



"Kuota itu diperuntuk bagi syarikat penerbangan yang mengendali penerbangan pergi dan pulang dari negara VTL berdasarkan rancangan yang telah mereka hantar (kepada pihak berkuasa). Kuota bagi setiap negara dan syarikat penerbangan itu adalah berbeza berdasarkan permintaan, namun (jumlah penerbangan) secara keseluruhan akan tetap di bawah kuota keseluruhan.



Sejak 8 September lalu, Singapura telah buka perjalanan tanpa kuarantin bagi pengembara yang sudah divaksin untuk pergi ulang-alik ke 13 negara, bermula dengan Brunei dan Jerman.



Baki negara lain, adalah Canada, Denmark, Perancis, Italy, Belanda, Sepanyol, Britain dan Amerika Syarikat.



Aturan VTL bersama dengan Australia dan Switzerland akan bermula Isnin depan manakala VTL bersama Korea Selatan pula akan bermula pada 15 November.



Para AP, termasuk Encik Shawn Huang (GRC Jurong) dan Encik Dennis Tan (Hougang), telah mengemukakan pertanyaan jika Pemerintah sedang berusaha atau menjangkakan lebih banyak VTL yang akan ditambah kelak, termasuk laluan bersama negara Asean.



Encik Iswaran berkata, Singapura masih sedang dalam proses perbincangan bersama beberapa rakan dan negara jiran, tetapi yang lebih penting adalah sempadan dibuka dengan cara yang baik daripada dengan cara yang pantas.



Langkah secara berperingkat yang perlu diambil untuk menyediakan VTL adalah berdasarkan penilaian kesihatan umum terhadap keadaan Covid-19 serta risiko kesihatan yang dialami negara atau rantau yang dinilai itu, jelasnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >