Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kuota rasmi 900 untuk jemaah haji dipenuhi

Jul 06, 2019 | 01:30 PM



KUOTA rasmi 900 untuk jemaah haji Singapura tahun ini telah pun dipenuhi, menurut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) hari ini. 



Kesemua 900 anggota jemaah juga telah menghadiri taklimat ibadah haji anjuran Muis dengan sokongan Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) di Pusat Konvensyen Suntec City pagi tadi. 



Turut hadir termasuk Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, Mufti Singapura Dr Fatris Bakaram dan Duta Kerajaan Arab Saudi Saad Saleh Ibrahim Al Saleh. 



Encik Amrin telah merasmikan Majlis Pentauliahan Pejabat Hal Ehwal Jemaah Singapura (SPAO) di mana 25 anggota dilantik untuk berkhidmat secara sukarela kepada jemaah sepanjang tempoh Haji. 



Ini terdiri daripada kakitangan perubatan dan pentadbiran dan mereka ditugaskan untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan jemaah Singapura di tanah suci. 



Pasukan SPAO diketuai Timbalan Ketua Eksekutif Muis Dr Albakri Ahmad yang juga merupakan ketua delegasi tahun ini. 



Kumpulan pertama jemaah akan bertolak untuk ke Arab Saudi pada 20 Julai 2019 dan kumpulan terakhir akan bertolak pada 5 Ogos 2019. 



Anggota keluarga boleh mendapatkan kemas kini dan berita terkini mengenai jemaah Haji Singapura melalui facebook.com/Haj.SG & instagram.com/Haj.SG.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >