Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kurang 50% daripada 21,800 yang luput status vaksinasi warga SG

Mar 01, 2022 | 05:30 AM



KURANG separuh daripada 21,800 orang yang status vaksinasi Covid-19 mereka luput pada 14 Februari kerana gagal mengambil suntikan penggalak adalah warga Singapura, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, di Parlimen semalam.



Lagi 14 peratus adalah Penduduk Tetap manakala baki 38 peratus adalah pemegang pas kerja.



Kebanyakan warga Singapura yang belum mendapatkan suntikan penggalak berusia 60 tahun ke atas, tambah Encik Ong sebagai respons kepada soalan yang diajukan Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar).



"Lazimnya, sebab yang diberikan untuk tidak mengambil suntikan penggalak ialah mereka jarang keluar rumah, rasa perlindungan mencukupi dengan vaksinasi asas dan lebih gemar untuk menangguhkan vaksinasi penggalak," katanya.



Beliau menambah Kementerian Kesihatan (MOH) tidak dapat memastikan sebab bagi bukan warga untuk tidak mendapatkan suntikan penggalak, walaupun ada petanda bahawa ramai yang sudah di luar negara.



Pada 14 Februari, peraturan baru dilaksanakan yang memerlukan mereka yang berusia 18 tahun ke atas mengambil suntikan penggalak dalam masa 270 hari selepas tamat siri vaksinasi Covid-19 untuk mengekalkan status vaksinasi mereka.



Mereka yang tidak melakukan demikian tidak boleh makan di restoran atau memasuki pusat beli-belah, antara lain di bawah langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi berbeza yang kini dilaksanakan.



Sembilan daripada 10 telah menamatkan siri asas vaksinasi manakala dua pertiga penduduk telah menerima suntikan penggalak.



Encik Ong berkata pihak kementerian akan terus menggalak warga mendapatkan suntikan penggalak menerusi pelbagai langkah.



Dalam pada itu, Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How, turut memberi perkembangan terkini berhubung langkah yang diambil Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) terhadap pegawainya untuk melindungi mereka termasuk anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) daripada dijangkiti Covid-19 dan mengelakkan daripada penularan meluas.



Ini termasuk vaksinasi, ujian dan langkah pengurusan selamat serta pengasingan dengan pantas sekiranya terdapat sebarang kes.



Menurutnya, lebih daripada 99.7 peratus pegawai SAF telah menerima dua suntikan vaksinasi dan hampir 87 peratus telah menerima suntikan penggalak.



Untuk mengesan jangkitan Covid-19 awal dan mengurangkan penularan, SAF telah mengenakan ujian kerap dan langkah pengurusan selamat (SMM) seperti kumpulan saiz lebih kecil dan melaksanakan dasar memakai pelitup seberapa yang boleh.



"Anggota SAF termasuk NSF, yang keluar dari kem diingatkan untuk mematuhi SMM dengan teliti apabila di luar dan memantau kesihatan.



Mereka yang jatuh sakit, tidak dibenarkan kembali ke kem apabila sudah kembali pulih.



Mereka yang diuji positif bagi Covid-19 perlu mematuhi protokol negara," ujarnya



Meski dengan langkah sedemikian, bilangan jangkitan mingguan telah meningkat sekitar 17 peratus berbanding minggu sebelumnya sejajar dengan kes masyarakat akibat varian Omicron.




"Lazimnya, sebab yang diberikan untuk tidak mengambil suntikan penggalak ialah mereka jarang keluar rumah, rasa perlindungan mencukupi dengan vaksinasi asas dan lebih gemar untuk menangguhkan vaksinasi penggalak."
- Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >