Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kurang bayar gaji pekerja asing: Twelve Cupcakes didenda $119,500

Jan 12, 2021 | 06:36 PM



RANGKAIAN pastri jenama Singapura, Twelve Cupcakes, didenda $119,500 pada Selasa (12 Januari) kerana membayar gaji yang berkurangan daripada sewajarnya kepada tujuh pekerja asingnya termasuk seorang daripada mereka yang kadangkala menerima sekitar separuh pendapatannya.



Syarikat tersebut didakwa pada 10 Disember tahun lalu atas 15 kesalahan membayar gaji kurang kepada pekerja pada 2017 dan 2018 - satu kesalahan di bawah Akta Pekerjaan Tenaga Buruh Asing.



Sebanyak 14 tuduhan serupa dipertimbangkan sewaktu menjatuhkan hukuman, lapor akhbar The Straits Times.



Rangkaian pastri ini dibuka pada 2011 oleh deejay radio Daniel Ong Ming Yin, 45 tahun, dan bekas peragawati Jaime Teo Chai-lin, 43 tahun.



Lima tahun kemudian, syarikat yang berpangkalan di Kolkata, Dhunseri Group, membeli rangkaian pastri tersebut dengan harga $2.5 juta.



Walaupun kesalahan itu berlaku selepas Ong dan Teo menjual perniagaan mereka, pasangan yang sudah bercerai itu berdepan dengan tuduhan serupa.



Pada 29 Disember tahun lalu, kedua-dua warga Singapura itu dikenakan 24 tuduhan melibatkan lapan pekerja. 



Mereka dikatakan membenarkan rangkaian itu membayar gaji kurang kepada pekerja asing antara 2013 dengan 2016.



Sesetengah pekerja ini secara sengaja tidak dibayar gaji langsung antara 2012 dengan 2013.



Twelve Cupcakes di bawah pemilik kini pula telah membayar gaji kurang kepada enam pekerja antara Disember 2016 dengan September 2018.



Pekerja-pekerja ini bertugas di bahagian khidmat pelanggan dan jualan.



Salah seorang daripada mereka juga dibayar kurang bagi pendapatan Oktober dan November 2018.



Firma ini juga membayar kurang daripada pendapatan bulanan tetap kepada pekerja ketujuh, seorang cef pastri, antara Januari 2017 dengan September 2018.



Namun, syarikat ini memberi bayaran semula sepenuhnya kepada pekerja terbabit sebelum perbicaraan mahkamah dimulakan.



Bagi setiap kesalahan melibatkan pembayaran kurang kepada pekerja asing, sesebuah syarikat boleh didenda hingga $10,000. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >