Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kurang bayar gaji pekerja asing: Twelve Cupcakes disaman $119,500

Jan 13, 2021 | 05:30 AM



RANGKAIAN syarikat pastri setempat Twelve Cupcakes disaman $119,500 semalam kerana kurang membayar gaji tujuh pekerjanya berjumlah kira-kira $114,000 selama dua tahun.



Syarikat setempat itu, yang diasaskan oleh bekas deejay Daniel Ong dan Jaime Teo pada 2011 dan kemudian dibeli syarikat teh yang berpusat di India, Dhunseri Group, telah mengaku bersalah pada Disember dengan 15 tuduhan di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing (EFMA).



Lagi 14 tuduhan serupa sedang dipertimbangkan.



Hakim bersetuju dengan dakwaan bahawa kesalahan tersebut sukar dikesan, seperti yang telah ditunjukkan dari masa yang diambil semasa kesalahan dilakukan, dan akibat itu, syarikat tersebut meraih keuntungan besar.



Bagaimanapun, hakim juga menyatakan syarikat itu telah membayar semula gaji yang sepatutnya diterima oleh pekerja-pekerja terbabit.



Kesalahan-kesalahan itu dilakukan sekitar Disember 2016 dan November 2018 di bawah pemilik baru, terhadap tujuh pekerja asing yang telah dijanjikan gaji tetap berjumlah antara $2,000 dengan $2,600.



Pekerja-pekerja itu termasuk eksekutif penjualan, eksekutif khidmat pelanggan dan seorang cef pastri yang memegang pas kerja S-Pass untuk bekerja di syarikat tersebut.



Namun gaji yang dibayar adalah kurang sekitar $200 dan $1,200 daripada jumlah gaji yang telah ditetapkan.



Di bawah Peraturan Pekerjaan Tenaga Kerja Asing (Pas Kerja) 2012, majikan harus membayar jumlah tidak kurang daripada gaji bulanan yang telah ditetapkan kepada pekerja asing untuk bulan itu, dan bayaran harus dilakukan tidak lebih daripada tujuh hari setelah tempoh pembayaran gaji.



Syarikat tersebut juga telah mengambil langkah tambahan bagi memastikan kesalahan akhir yang dilakukan tidak diketahui dengan memasukkan jumlah gaji yang telah dipersetujui ke akaun pekerja-pekerja itu dan kemudian menyuruh mereka mengembalikan perbezaan jumlah daripada gaji mereka kepada syarikat.



Perbuatan tersebut terbongkar apabila Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menerima maklumat mengenai pelanggaran undang-undang kerja dan menjalankan penyiasatan pada Disember 2018.



Pasukan peguam bela mendakwa pemilik baru hanya menjalankan apa yang telah dilakukan pihak pengurusan lama.



Ong dan bekas isterinya Teo didakwa mahkamah dengan kesalahan serupa beberapa minggu selepas seorang wakil Twelve Cupcakes mengaku bersalah.



Kes mereka masih sedang dijalankan. Jika didapati bersalah kerana melanggar syarat pas pekerja, Ong dan Teo boleh dipenjara sehingga setahun, didenda sehingga $10,000 atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >