Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kurang pahala jika buat korban murah di luar negara? Muis beri pencerahan...

May 29, 2023 | 05:31 AM



LEBIH ramai Muslim Singapura kini melakukan korban di luar negara, termasuk di negara-negara sejauh benua Afrika.

Berikut adalah pencerahan daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengenai khidmat korban di luar negara.

Soalan: Bolehkah seorang Muslim melakukan korban di luar negara apabila terdapat pilihan melakukan korban secara langsung di negara sendiri?


Jawapan: Korban adalah ibadah yang dilakukan seseorang dengan menyembelih haiwan pada hari-hari yang ditentukan dalam bulan Zulhijah. Ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja, dan ia tidak terhad kepada kawasan kediaman seseorang. Ini adalah pandangan rasmi dalam mazhab Shafi’i.

Ramai Muslim di Singapura hari ini melantik wakil untuk melakukan penyembelihan dalam melakukan ibadah ini. Sama ada penyembelihan berlaku setempat dan disaksikan secara langsung oleh sohibul korban atau dilakukan di luar negara oleh wakil sohibul korban, ia tidak menjejas kesahihannya atau mengurangkan pahala dan keberkatan ibadah korban kerana ini bukan syarat korban.

Apa yang penting adalah niat dan takwa yang menjadi asas ibadah, seperti Allah swt dengan jelas menyatakan dalam surah Al-Haj, ayat 37:


“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu.”


Soalan: Adakah pahala atau keberkatan yang diperoleh sohibul korban akan berkurangan jika mereka memilih khidmat korban dengan harga termurah sedangkan mereka mampu?


Jawapan: Hari ini, di mana terdapat pilihan (sama ada untuk melakukan korban di dalam atau luar negara) yang wujud, seorang Muslim boleh memilih berdasarkan pelbagai pertimbangan dan pilihan peribadi.

Ini melalui cara daging korban diagihkan (seperti untuk membantu golongan miskin dan memerlukan dalam masyarakat di negara lain berbanding untuk penggunaan sendiri), kos melakukan korban, contohnya untuk menjimatkan wang di mana boleh dengan memilih khidmat korban luar negara yang lebih murah atau di mana ia menjejas kemampuan seseorang, seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Furqan, ayat 67:

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.”


Seorang Muslim juga boleh membuat pilihan supaya dapat membezakan dan mempelbagaikan penggunaan dana dan simpanan bagi tujuan amal dan kemanusiaan lain, demi memberi manfaat kepada seramai mungkin orang dan sebab, seperti yang digalakkan dalam Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >