Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kurang pembuangan kerja, kadar pengangguran secara keseluruhan naik sedikit dalam suku ketiga​

Oct 26, 2018 | 02:46 PM



KURANG orang diberhenti kerja dalam suku ketiga thaun ini, sementara pengangguran secara keseluruhan naik sedikit, menurut statistik Kementerian Tenaga Manusia (MOM) yang dikeluarkan hari ini (26 Oktober).



Namun secara keseluruhan, pasaran buruh terus bertambah baik, dengan jumlah pekerjaan tumbuh lebih dua kali ganda dalam tempoh ini, kata kementerian itu.



Terdapat 2,500 pembuangan kerja dalam tiga bulan lalu, kurang daripada 3,030 dalam tiga bulan sebelum itu, menurut angka awal.



Pemberhentian kerja dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan membentuk bilangan pembuangan kerja paling banyak dalam suku ketiga.



Pengangguran agak stabil, dengan kadar di kalangan penduduk kekal pada 2.9 peratus dan di kalangan warga kekal pada 3 peratus.



Jumlah pengangguran secara keseluruhan bagaimanapun naik dari 2 peratus ke 2.1 peratus.



MOM berkata kadar ini kekal sama ada sama atau rendah sedikit daripada kadar dalam tempoh sama setahun lalu.



Sehingga bulan lalu, dianggarkan 67,000 penduduk menganggur, tinggi sedikit daripada 66,600 dalam Jun.



Sekitar 59,100 warga pula menganggur, naik sedikit dari 59,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >