Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kurang relawan antara sebab ada masjid tak tawar tarawih

Pembukaan sekitar 11 masjid lebih terhad kerana kesukaran laksana langkah pengurusan selamat; masjid-masjid lain buka lebih banyak tempat bagi jemaah
Apr 16, 2021 | 05:30 AM



MESKI kebanyakan masjid menawarkan solat tarawih pada Ramadan ini, beberapa masjid yang kekurangan sumber tidak dapat menerima jemaah setiap hari.



Ini termasuk dari Isnin hingga Jumaat dan pada hujung minggu.



Kebanyakan daripada 11 masjid yang terpaksa mengehadkan masa mereka dibuka itu menghadapi masalah kekurangan relawan untuk menjalankan tugas pengurusan selamat (SMM) yang diperlukan semasa menerima jemaah.



Ini termasuk memastikan jemaah mendaftar bagi SafeEntry, memakai pelitup semasa solat dan membersihkan kawasan solat selepas setiap solat jemaah diadakan.



Antara masjid yang kekurangan tenaga kerja itu ialah Masjid Omar Salmah di Bukit Brown dan Masjid Tasek Utara berhampiran Little India, yang hanya dibuka sehingga 6 petang setiap hari dan tidak dapat menawarkan solat tarawih.



Beberapa masjid lain pula seperti Masjid Kampong Delta berhampiran River Valley Road dan Masjid Haji Muhammad Salleh di Palmer Road tidak dibuka pada hujung minggu.



Dihubungi Berita Harian (BH), pengerusi Masjid Omar Salmah, Encik Kassim Kamis, 61 tahun, berkata masjidnya memerlukan sekurang-kurangnya enam sukarelawan untuk melakukan pemeriksaan berhubung SMM.



Antara lain, ini adalah untuk memastikan jemaah mendaftar masuk menggunakan 'SafeEntry'; memeriksa suhu badan dan mematuhi langkah jarak selamat di pintu masuk, memakai pelitup dan menggunakan sejadah sendiri apabila menunaikan solat.



"Sebelum kita memasuki Fasa Ketiga, kami mempunyai relawan yang mencukupi kerana ada yang bekerja dari rumah.



"Namun, dengan lebih ramai perlu kembali ke pejabat kini, agak sukar mendapat sukarelawan," kata Encik Kassim.



Pengerusi Masjid Tasek Utara, Encik Juhari Mohtar, pula berkata kebersihan diutamakan semasa tempoh pandemik ini dan relawan yang mencukupi diperlukan untuk memastikan masjid memenuhi syarat pembersihan yang ditetapkan.



"Misalnya, selepas setiap solat maghrib, isyak dan tarawih, relawan perlu menyahjangkit kawasan solat. Dan masa untuk ketiga-tiga solat ini agak dekat antara satu sama lain, jadi kita perlu cepat membersihkan ruang solat sebelum ia dibuka semula untuk jemaah lain," ujar beliau.



Menjawab pertanyaan BH mengenai perkara ini, Pengurus Besar Kelompok Masjid Bahagian Utara, Encik Yacob Ahmad, berkata meski terdapat masjid yang tidak dibuka bagi solat tarawih, atau hanya beroperasi bagi masa pembukaan yang agak terhad, sebagai satu kelompok, masjid-masjid lain telah membuka lebih banyak zon untuk menampung lebih ramai jemaah.



Memberi contoh, masjid lain yang berdekatan dengan Masjid Omar Salmah telah menambah zon solat bagi jemaah termasuk zon bagi Muslimah.



Ini termasuk Masjid Al-Muttaqin, Masjid An-Nahdhah dan Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau.



"Pada Ramadan ini, masjid dan relawan sama-sama perlu bekerja keras untuk membuka ruang bagi jemaah. Meski dengan adanya SMM, ada masjid masih tetap dibuka untuk solat subuh hingga tarawih, dan bagi sesetengah masjid, dibuka terus untuk qiamullail.



"Inilah komitmen dan dedikasi yang ditonjolkan para relawan kita yang tak kenal erti lelah, menawarkan khidmat yang amat bermakna demi masyarakat," ujarnya.



Dalam pada itu, satu usulan yang diberikan kepada masjid-masjid yang terjejas adalah untuk menggajikan pekerja untuk melakukan tugasan SMM yang diperlukan.



Namun, beberapa pengerusi masjid yang dihubungi berkata mereka tidak mampu untuk berbuat demikian.



Pengerusi Masjid Kampong Delta, Encik Johari Samsudin, 66 tahun, berkata masjid biasanya bergantung pada wang derma daripada jemaah untuk menampung sebahagian perbelanjaan dan perlu berjimat.



"Lagipun bilangan jemaah pada masa ini pun tidak begitu ramai," ujarnya yang melahirkan harapan agar orang ramai akan tampil menjadi sukarelawan di masjid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >