Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kurangkan kegiatan sosial tidak penting bagi dua minggu akan datang untuk kekang penyebaran Covid-19: Lawrence Wong

Sep 06, 2021 | 07:11 PM




PENDUDUK Singapura digalakkan agar mengurangkan kegiatan sosial tidak penting bagi dua minggu akan datang, lebih-lebih bagi warga emas atau mereka yang tinggal dengan ahli keluarga tua.




Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (6 Sept) berkata kumpulan sosial harus dihadkan kepada kumpulan kecil terdiri daripada kenalan biasa, dan perhimpunan sosial harus dihadkan kepada satu sehari, sama ada di isi rumah lain atau di tempat awam.


"Semua individu, termasuk yang sudah divaksin dan belum, harus juga melakukan ujian diri kerap menggunakan ujian pantas antigen (ART), lebih-lebih lagi jika kita mengambil bahagian dalam kegiatan berisiko lebih tinggi atau menghadiri acara berskala besar," kata MOH.


Makluman terbaru itu dikeluarkan di tengah-tengah lonjakan kes Covid-19 dan kemunculan kelompok besar di beberapa pusat pertukaran bas, Bugis Junction dan Hospital Besar Changi.


Bilangan kes jangkitan baru dalam masyarakat naik hampir seganda kepada lebih 1,200 kes minggu lalu, naik daripada 600 kes minggu sebelumnya.


Bercakap kepada media pada Isnin, Menteri Kewangan Encik Lawrence Wong, yang juga merupakan pengerusi bersama  pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) Covid-19, berkata makluman baru itu tidak mandatori dan langkah yang diumumkan sebelum ini tidak ditarik balik.




Tapi beliau menambah: "Semakin banyak kita bergerak, semakin banyak kita berada di luar dan ke sana sini, akan ada kemungkinan yang mereka yang banyak bergerak boleh secara tidak sengaja menjadi sumber penyebaran besar berikutnya."


"Kami cuba meminta  orang ramai, sila bertahan, terutama dalam tempoh ini di mana terdapat banyak kes dan di mana virus ini tersebar dengan begitu cepat. Kecilkan dan kurangkan interaksi sosial anda, jika boleh."


Sementara itu, perjumpaan sosial di tempat kerja tidak akan dibenarkan mulai Rabu.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >