Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kurikulum bersama baru bagi pelajar kejuruteraan, reka bentuk dan persekitaran NUS

NUS
Feb 23, 2021 | 05:30 AM



PELAJAR kejuruteraan serta reka bentuk dan persekitaran di Universiti Nasional Singapura (NUS) akan mempelajari tentang bangunan mesra alam sifar karbon, atau net-zero, dan juga kereta elektrik, sebagai sebahagian daripada satu kurikulum bersama baru yang diperkenal mulai tahun ini.



Mereka juga wajib mengikuti modul baru yang membantu mereka berkomunikasi, contohnya apabila perlu bekerjasama dengan pasukan untuk memasarkan teknologi mereka.



Sekitar 1,800 mahasiswa baru yang menyertai Sekolah Reka Bentuk dan Persekitaran serta fakulti kejuruteraan mulai Ogos ini perlu menjalani tujuh modul rentas disiplin teras.



Menurut NUS, dua jurusan itu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang boleh digabung di tempat kerja.



Antaranya, dua modul baru diperkenaln, iaitu Masa Depan Mampan dan Mencipta Naratif, sementara modul lain merangkumi topik seperti kecerdasan buatan (AI), pengurusan projek dan pemikiran reka bentuk.



Beberapa modul itu hanya ditawarkan di salah satu daripada fakulti tersebut sebelum ini, tetapi akan ditawarkan kepada pelajar dari kededua fakulti dalam tempoh akademik baru.



Pelajar juga akan menjalani projek rentas disiplin yang mempunyai nilai sama seperti dua modul. Ini akan memberi mereka peluang mengambil kursus lain tanpa perlu melanjutkan tempoh pembelajaran mereka.



Sementara itu, sekitar 7,000 mahasiswa baru NUS perlu menyertai projek masyarakat dan akan diberi markah berdasarkan penyertaan mereka.



Ini dilakukan dibawah modul Masyarakat dan Pendekatan, dan pelajar boleh memilih beberapa projek berkait dengan topik yang mereka minati, contohnya perubahan iklim atau akses kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan.



Inisiatif terbaru ini diumumkan menyusuli pelancaran Kolej Kemanusiaan dan Sains baru NUS Disember.



Pelajar berdaftar di bawah kolej baru itu, yang menggabungkan jurusan sastera dan sains kemasyarakatan dan fakulti sains, perlu mengambil 13 modul umum dalam bidang merangkumi pelbagai jurusan, seperti pemikiran reka bentuk dan penyelidikan saintifik.



Semasa memberi taklimat media semalam, provos NUS, Profesor Ho Teck Hua, berkata: "Disiplin kejuruteraan, reka bentuk dan persekitaran akan bertemu (dalam beberapa bidang). Kami bekerja keras untuk memastikan kededua sekolah dapat mencipta modul relevan untuk masa depan.



"Dalam beberapa cara, pengalaman pendidikan mereka berbeza berbanding lulusan tahun-tahun sebelumnya.



"Mereka akan belajar daripada kededua pihak, (supaya) kepakaran diperluas dan dipelbagai."



Beliau menambah bahawa NUS sedang mengkaji kemungkinan membentuk kolej bersama untuk kededua sekolah tersebut, sebagaimana Kolej Kemanusiaan dan Sains dibentuk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >