Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kurikulum ITE diperkemas, universiti swasta seni akan dibentuk

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) akan memperkemas kurikulum Institut Pendidikan Teknikal (ITE) untuk membuka peluang kepada lebih ramai pelajar meraih kelayakan Nitec Tinggi dalam jangka masa yang lebih pendek.



Ini bagi memberi lulusan ITE akses lebih luas untuk peluang peningkatan, dan pada masa yang sama kekal bersaing demi memenuhi keperluan transformasi industri.



Dalam pada itu, sebuah universiti swasta seni pertama akan dibentuk di Singapura dalam jangka masa tiga hingga empat tahun hasil pakatan Maktab Seni Lasalle dan Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) sebagai memperkukuhkan lagi laluan pangajian tinggi pendidikan seni.



Perubahan itu merupakan antara daya usaha baru diumumkan Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong, dalam perbahasan Belanjawan kementeriannya semalam.



Menjelaskan lanjut mengenai kurikulum ITE, beliau berkata ITE menawarkan program Nitec selama dua tahun dan Nitec Tinggi yang kebanyakannya mengambil masa selama dua tahun.



"Sekitar 30 peratus lulusan Nitec hari ini tidak melangkah ke Nitec Tinggi atau laluan peningkatan yang dibiayai awam.



"Kami mahu mempergiat usaha membantu pelajar ini," kata Encik Wong, yang turut mengatakan bahawa Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman sedang mengetuai satu semakan komprehensif bagi pendidikan amali, termasuk di ITE dan politeknik.



Dalam ucapannya, Dr Maliki berkata beliau telah berinteraksi dengan lebih 400 pihak berkepentingan dari politeknik dan ITE, termasuk pelajar sejak beberapa bulan lalu.



"Ramai yang mengongsi mengenai aspirasi mereka untuk mempertingkat diri, membina asas yang telah mereka raih di politeknik atau ITE. Kebanyakan mereka mahu memperkukuh kemahiran agar kekal relevan di tempat kerja yang pantas berubah," katanya.



Mengulas lebih lanjut mengenai rancangan membangun universiti seni di sini, Encik Wong berkata ia diharap dapat memberi sumbangan kepada kehidupan kebudayaan bukan sahaja di sini malah di rantau ini.



Selain itu, Encik Wong juga berkata MOE sedang menyemak rangka kerja pendaftaran bagi darjah satu untuk menambah bilangan tempat yang diperuntuk melalui Fasa 2C.



Fasa tersebut, yang kelima antara tujuh fasa pendaftaran tahunan itu, adalah fasa terbuka bagi pemohon yang tidak layak bagi sebarang pendaftaran yang diutamakan, dan berdasarkan jarak antara rumah dengan sekolah.



MOE juga sedang meninjau memperluas Program Asas Politeknik (PFP) kepada lebih ramai pelajar yang mempunyai pelbagai kekuatan berbeza.



Program Kemasukan Bersama (CEP) pula akan diperluas bermula tahun akademik 2023 untuk merangkumi kelompok Seni, Media, Desain dan Sains.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >