Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kurikulum latihan bagi lesen vokasional pemandu teksi, kereta sewa privet dikemaskini sejajar kemajuan teknologi: LTA

LTA
Nov 15, 2021 | 06:44 PM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) akan menyemak semula kurikulum latihan bagi Lesen Vokasional Pemandu Teksi (TDVL) dan Lesen Vokasional Pemandu Kereta Sewa Privet (PDVL) mulai Mac 2022.



Dalam kenyataannya pada Isnin (15 November), LTA menjelaskan kurikulum yang dikemaskini itu sejajar dengan kemajuan kawal atur dan teknologi bagi membantu pemandu teksi dan kereta sewa privet menyesuaikan diri dengan kemajuan baru lagi berubah dari masa ke masa.



Ia juga memberi lebih penekanan pada penggunaan alat digital untuk membantu urusan memandu harian.



LTA juga akan mengasingkan fungsi latihan dan ujian penyedia khidmat mulai Januari 2022.



Ini bererti latihan dan ujian akan disediakan pertubuhan berbeza yang dilantik LTA.



Menurut kenyataan itu lagi, pada 2019, LTA telah menugaskan Akademi Pendidikan Lanjutan Profesional dan Orang Dewasa (PACE), Politeknik Singapura untuk membangun kurikulum latihan TDVL dan PDVL yang dikemaskini dengan mengambilkira  keperluan yang berubah dalam industri serta mensejajarkan kurikulum latihan ini merentasi industri.



Kurikulum yang dikemaskinikan ini dibangunkan dengan rujukan bersama pelbagai pemegang taruh industri.



Ia memberi lebih tumpuan pada kecekapan di jalanan seperti merancang laluan dengan menggunakan peralatan pemetaan dan pengemudian serta amalan keselamatan jalan raya.



Topik tambahan meliputi teknologi baru seperti kenderaan elektrik dan pendigitalan akan juga diperkenalkan bagi mempersiapkan pemandu untuk masa depan dan memperkukuh semula keperluan pemandu dalam mempertingkat kemahiran.



Dengan kurikulum yang dikemaskini ini, akan ada perubahan kecil pada tempoh kursus TDVL dan PDVL mulai Mac 2022.



Bagaimanapun, tiada perubahan bagi tempoh kursus ulang kaji TDVL. Tiada perubahan pada yuran kursus juga.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >