Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kurma sudah tiba...

Mar 13, 2021 | 05:30 AM



ANEKA kurma yang boleh dibeli di sini dalam tempoh pandemik ini dijangka berkurangan, tetapi sebahagian peniaga setempat berkata dengan perancangan teliti serta tempahan awal, mereka telah mendapatkan bekalan yang mencukupi sempena musim perayaan yang menjelang.



Permintaan bagi kurma di kalangan masyarakat Melayu/Islam biasanya meningkat menjelang Ramadan dengan sebahagian peniaga berkata penjualan meningkat hingga 60 peratus sempena bulan puasa berbanding bulan-bulan lain.



Tahun ini, umat Islam di sini dijangka mula berpuasa pada 13 April.



Pengerusi syarikat Al Barakah Health & Beauty Mart, Encik A Rahman Bahurudeen, berkata pihaknya tidak dapat mengunjungi ladang kurma di luar negara untuk memilih kurma yang bermutu tinggi sebelum membelinya.



Namun beliau berkata syarikatnya tetap berjaya mendapatkan bekalan kurma yang diingini.



"Permintaan bagi kurma biasanya akan meningkat menjelang Ramadan dan akan terus meningkat sepanjang Ramadan setiap tahun, dan saya jangka tahun ini tiada beza," ujar beliau.




Laporan lanjut : Peniaga, pembekal siapkan bekalan kurma awal-awal




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >