Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA - SEKITAR RAMADAN

Kurnia@WGS anjur projek amal baju Raya

Apr 17, 2021 | 05:30 AM



KERJASAMA antara badan-badan Melayu/Islam yang membentuk Kurnia@WGS diluaskan tahun ini dengan beberapa persatuan bergabung untuk membantu dalam satu projek amal yang bakal diadakan.



Menerusi projek yang diberi nama #bajukurungamal, baju-baju Hari Raya baru yang telah didermakan oleh dua kedai pakaian setempat, ST Collections dan Peniwern, akan dibahagikan kepada penerima bantuan Muhammadiyah.



Pengurus besar Wisma Geylang Serai (WGS), Encik Nur Effendi Esa, ini merupakan kali pertama projek sedemikian diadakan.



"Kami tidak pernah melakukan projek amal sebegini, namun kami sentiasa ingin mencari acara amal yang dapat diaturkan bersama.



"Tahun ini, dengan kerjasama ST Collections dan Peniwern dalam projek ini, kami mempunyai tanggungjawab untuk memastikan baju-baju ini disalurkan kepada mereka yang memerlukan.



"Kami berhubung rapat dengan pertubuhan Melayu/Islam di Kurnia@WGS, dan Muhamadiyyah merupakan salah satu anggota yang dihubungi pihak kami yang menyatakan mereka mempunyai penerima bantuan yang berminat untuk mendapatkan baju-baju Hari Raya ini.



"Dengan keadaan ekonomi sekarang, kami harap dapat menceriakan para penerima menerusi projek ini," katanya ketika ditemui dalam acara penyusunan baju-baju Hari Raya Rabu lalu.



Kurnia@WGS merupakan hab pertubuhan Melayu/Islam di WGS merangkumi sembilan badan Melayu/Islam termasuk Muhammadiyah, Tabung Amal Aidilfitri (TAA), Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Angkatan Karyawan Islam (AMP), Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Persatuan Seni-Budaya Kreatif Melayu (CMAC), Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan Berita Harian sebagai rakan media hab tersebut.



Pengurus Unit Komunikasi Korporat dan Sumber Persatuan Muhammadiyah, Encik Mohamad Eznillah Razali, berkata pihak Muhammadiyah berasa berbesar hati diberi peluang untuk berbakti kepada masyarakat.



"Dengan kerjasama WGS, kami ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi kelebihan ini dengan penerima bantuan kami," katanya.



Sejauh ini, 60 keluarga telah menyatakan keinginan mereka untuk menerima pakaian Hari Raya itu.



Sebanyak 600 pasang baju Melayu lelaki telah didermakan oleh ST Collections, dan Peniwern telah mendermakan 300 pasang baju kurung wanita.



Seramai 13 kakitangan WGS dan sukarelawan dari TAA dan LBKM juga telah turun padang untuk membantu menyusun dan mengemas pakaian yang telah didermakan itu untuk diberikan kepada penerima pada Rabu lalu.



Acara pembahagian baju Hari Raya ini akan diadakan pada 22 dan 23 April di WGS, dan akan dihadiri Menteri Negara (Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim pada 22 April.




"Kami tidak pernah melakukan projek amal sebegini, namun kami sentiasa ingin mencari acara amal yang dapat diaturkan bersama."
- Pengurus besar Wisma Geylang Serai (WGS), Encik Nur Effendi Esa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >