Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kurnia@WGS dan Fuzz Bikers agih bubur Ramadan

Apr 11, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Dr Faishal Ibrahim, mengagihkan 400 paket bubur secara percuma bersama relawan dari Kurnia@WGS dan Fuzz Bikers di Wisma Geylang Serai (WGS) petang semalam (atas).



Ini adalah kali pertama Kurnia@WGS, hab pertubuhan sembilan badan Melayu/Islam (MMO) dan nadi masyarakat Melayu di Geylang Serai, bergabung dengan Fuzz Bikers, kumpulan penunggang motosikal untuk menganjurkan pengagihan bubur Ramadan setiap hujung minggu.



Pengagihan bubur itu turut disokong dan ditaja firma Wira Aircon Services, Mila's Kitchen, Zikry Brothers, Black Industry, Zahid & Yazid Beef dan Azhar Dry Food.



Sebanyak 400 paket bubur Ramadan yang ditaja oleh Mila's Kitchen diagihkan kepada mereka yang memerlukan setiap Ahad pada 4 petang sepanjang bulan Ramadan ini.



Dr Faishal, yang juga penasihat utama WGS, menyatakan usaha Kurnia@WGS dan Fuzz Bikers yang bergabung bersama MMO akan memupuk semangat kemasyarakatan yang kuat.



"Saya rasa gembira kerana badan-badan MMO dan juga ramai dermawan yang berkumpul dan mengambil kesempatan untuk menyumbang dan membawa kecerian kepada masyarakat dalam bulan Ramadan ini," ujarnya.



Menurut Pengurus Besar WGS, Encik Nur Effendi Esa, pengagihan bubur Ramadan ini diadakan tepat pada masanya kerana dengan adanya bazar tahun ini.



"Kita mempunyai ribuan orang yang datang ke sini setiap hari dan ini menjadi satu wadah bagi orang ramai memahami sumbangan kami kepada masyarakat dan saya harapkan lebih banyak peluang kerjasama dengan lebih banyak kumpulan lain," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >