Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Kursus baru ekonomi dan pengurusan kesihatan di SMU

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kursus baru ekonomi dan pengurusan kesihatan di SMU

Mar 17, 2018 | 05:30 AM

SEBAGAI sebahagian usaha membentuk kebolehan teknologi infokom (ICT) dalam sektor jagaan kesihatan, Universiti Pengurusan Singapura (SMU) akan menawarkan kursus dalam ekonomi dan pengurusan kesihatan.

Para pelajar akan mempelajari mengenai pentadbiran, dasar, ekonomi, pengurusan, operasi, dan analitik jagaan kesihatan, dengan pembelajaran berdasarkan kerja di hospital dan institusi jagaan kesihatan lain, lapor The Straits Times.

Ini diumumkan semalam sempena Hari Teknologi Kesihatan, yang dianjurkan Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) dan Sistem Maklumat Kesihatan Bersepadu (IHiS).

Acara tersebut, yang diadakan di Makmal SMU, dekat Victoria Street, menyatukan lebih 40 pertubuhan, termasuk institusi jagaan kesihatan, syarikat dan rakan latihan, mempamerkan inovasi produk.

Ia juga menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan dalam sektor teknologi kesihatan.

Di sebalik kos jagaan kesihatan yang terus meningkat serta jumlah penduduk yang kian menua, Singapura sedang meningkatkan usaha mendorong tenaga kerja teknologi kesihatan menerusi lebih banyak latihan, pendidikan dan peluang pekerjaan.

Dalam usaha menyokong para profesional pertengahan kerjaya beralih kepada sektor jagaan kesihatan, IHiS telah menetapkan satu sasaran mahu menempatkan dan melatih 50 profesional, pengurus, eksekutif, dan teknisyen pertengahan kerjaya menerusi Program Penyesuaian dan Pembangunan Peralihan Profesional Tenaga Kerja Singapura dalam dua tahun akan datang.

Mereka akan dilatih dalam tempoh tiga hingga sembilan bulan bagi pekerjaan seperti jurutera rangkaian, pereka aplikasi bergerak dan pereka sofwe.

Para profesional ICT masa kini juga akan meraih manfaat daripada kemahiran latihan yang mendapat permintaan seperti keselamatan siber, analitik data, perkomputeran awan dan pembangunan sofwe, dengan syarikat biofarmasi sejagat MSD, menyertai inisiatif Mempercepat Kemahiran Teknologi atau TechSkills Accelerator (TeSA).

Sasaran inisiatif itu bertujuan mempercepat pembangunan profesional bagi tugasan teknologi,

MSD akan menawarkan lebih daripada 90 profesional ICT dengan latihan sambil kerja serta bekerja sementara di luar negara sepanjang tiga tahun akan datang.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3