Kursus baru pertingkat kemahiran kendali peralatan pelabuhan

BAGI mempertingkat lagi kecekapan pengendalian pelabuhan, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan PSA Singapore telah melancarkan satu kursus baru yang membolehkan lepasan institut itu mendalami kemahiran serta meluaskan pengetahuan mereka dalam menguruskan peralatan pelabuhan moden.

Dikenali sebagai kursus Nitec Pakar dalam Pengendalian Peralatan Pelabuhan (Specialist Nitec in Port Equipment Drives and Spreader Control), ia bertujuan melatih dan mengembangkan kemahiran asas yang telah diperolehi lepasan ITE sebelum ini.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan