Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kutipan $125,000 rangsang program pemulihan projek reben kuning

Sep 16, 2019 | 05:30 AM



LEBIH $125,000 berjaya dikumpulkan bagi mengisi Dana Reben Kuning dalam usaha membantu menjalankan program pemulihan bagi banduan, bekas pesalah dan keluarga mereka.



Jumlah itu hasil sokongan sekitar 10,000 pelari di acara Larian Penjara Reben Kuning yang ke-11 semalam.



Tetamu kehormat Presiden Halimah Yacob, yang melancarkan permulaan acara larian 10 kilometer dan 5 kilometer itu turut menyertai lebih 5,600 peserta dalam acara berjalan kaki secara suka-suka sepanjang 5 kilometer.



Acara larian itu melambangkan kepercayaan masyarakat dalam mesej Reben Kuning mengenai harapan, perdamaian dan memberi peluang kedua kepada bekas pesalah.



Acara tahun ini melihat penyertaan yang tertinggi sejak ia diadakan pada 2009.



"Ia adalah satu kepercayaan bersama dalam peluang kedua yang memberi kuasa kepada bekas pesalah untuk tidak hanya menghargai penerimaan masyarakat terhadap mereka malah memperolehi keyakinan dalam keupayaan mereka mengubah kehidupan masing-masing," ujar Superintenden Penjara 1A, Chan Ching Ching, yang juga ketua pengerusi jawatankuasa penganjur acara larian itu.



Seorang peserta larian, Encik Azmi Rahman, bekas penagih dan Ketua Rakan bersama Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana), yang menyediakan sokongan dan motivasi bagi membantu bekas pesalah dadah agar dapat bebas dari kancah itu, berkata:



"Bekas pesalah berdepan dengan pelbagai ketidaktentuan dalam perjalanan mereka bersepadu semula dalam masyarakat.



"Lantas, apabila kami melihat beribu orang menunjukkan sokongan mereka kepada Projek Reben Kuning dengan menyertai larian ini, ia sangat bermakna kepada kami."



Laluan larian tahun ini turut menampilkan beberapa mercu tanda baru dalam pembangunan utama sejarah Perkhidmatan Penjara Singapura.



Ini termasuk Rumah Peralihan Selarang, Penjara Tanah Merah dan Pusat Pengawasan Masyarakat Lloyd Leas.



Larian itu berakhir di Kompleks Penjara Changi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >