Kutipan dalam talian bantu badan Melayu kumpul dana, teruskan khidmat
Sep 21, 2020 | 05:30 AM
KUTIPAN derma secara digital telah membantu beberapa pertubuhan Melayu/Islam (MMO) meneruskan kegiatan pengumpulan dana mereka bagi golongan memerlukan, meskipun pandemik Covid-19 menjejas operasi fizikal kegiatan tersebut.
Bahkan kehadiran pengutipan derma secara online yang dipertingkatkan semasa tempoh krisis ini menyaksikan jumlah derma mereka meningkat.