Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kutipan derma bagi mangsa Taufan Rai di Filipina

Jan 18, 2022 | 05:30 AM



YAYASAN Rahmatan lil Alamin (RLAF), dengan kerjasama Mercy Relief, sedang menganjurkan pungutan derma bagi menangani keperluan air, sanitasi dan kebersihan masyarakat yang terjejas oleh Taufan Rai di Filipina.



Taufan kategori lima itu, yang turut dikenali sebagai Taufan Odette, adalah puting beliung tropikal paling dahsyat melanda Filipina tahun lalu, kata RLAF dalam satu kenyataan semalam.



Ia pertama kali melanda Pulau Siargao dan telah menyebabkan kerosakan meluas dan teruk di beberapa wilayah di Filipina.



Sejauh ini, sekurang-kurangnya 405 orang telah terkorban akibat bencana itu, 82 dilaporkan hilang dan lagi 1,147 cedera.



Lebih 660,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan kehidupan dua juta orang terjejas.



Justeru, RLAF mengadakan usaha mengumpul derma menerusi beberapa wadah bermula semalam hingga Sabtu ini bagi membantu dalam memberi akses kepada air minuman yang selamat, sanitasi yang lebih baik dan kebersihan kepada masyarakat yang terjejas.



Orang awam boleh menderma secara dalam talian atau dengan mengirimkan cek seperti berikut:



- PayNow - UEN: 200910530ZCHQ dan catatkan 'RAI' di bahagian catatan



- Kempen Giving.SG di laman giving.sg/rlafoundationsg/typhoonrai



- Muslim.SG - RLAF - Taufan Rai di Filipina



- Pemindahan wang antara bank menerusi RLAF (Rahmatan Lil Alamin Foundation). Pindahkan kepada Akaun Semasa OCBC di nombor akaun: 601313315001



- Kemukakan cek yang dialamatkan kepada 'RLAF'. Letak nama penderma, nombor telefon dan nyatakan 'Taufan Rai'. Poskan cek itu ke alamat berikut - RLAF (Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapura 737740) atau ke MUIS (No. 273 Braddell Road, Singapura 579702).



Semua derma yang dikumpul akan disalurkan melalui Mercy Relief yang berhubung dengan Yayasan Pusat Tindak Balas Bencana Rakyat (CDRC) untuk memastikan bantuan sesuai yang diperlukan dan bersedia untuk mengembangkan operasi bantuan segera di mana perlu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >